Penilaian program pendidikan moral dan etika tentera dalam Angkatan Tentera Malaysia / Azri Mokhtar @ Ahmad
Kajian penilaian program Pendidikan Moral dan Etika Tentera (PMET) dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertujuan untuk menilai keberkesanan program ini berdasarkan keupayaan elemen-elemen program. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauh manakah pencapaian anggota peserta dalam ketiga-tiga...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/6470/7/azri.m.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/6470/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
id |
my.um.stud.6470 |
---|---|
record_format |
eprints |
institution |
Universiti Malaya |
building |
UM Library |
collection |
Institutional Repository |
continent |
Asia |
country |
Malaysia |
content_provider |
Universiti Malaya |
content_source |
UM Student Repository |
url_provider |
http://studentsrepo.um.edu.my/ |
topic |
L Education (General) |
spellingShingle |
L Education (General) Azri, Mokhtar @ Ahmad Penilaian program pendidikan moral dan etika tentera dalam Angkatan Tentera Malaysia / Azri Mokhtar @ Ahmad |
description |
Kajian penilaian program Pendidikan Moral dan Etika Tentera (PMET) dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertujuan untuk menilai keberkesanan program ini berdasarkan keupayaan elemen-elemen program. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauh manakah pencapaian anggota peserta dalam ketiga-tiga domain kognitif, afektif dan psikomotor menerusi ujian penguasaan moral dan etika tentera (MET) yang diduduki. Kajian turut menerokai keupayaan fasilitator dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Dua pendekatan telah digunakan, yang pertama penilaian keberkesanan program PMET serta hubungannya dengan faktor-faktor yang mempengaruhi. Seterusnya yang kedua menggunakan pendekatan Rae (1999) dan Suchman (1967) yang mentafsirkan penilaian program adalah satu proses untuk menilai keberkesanan program berdasarkan kepada pencapaian objektifnya. Kajian ini telah mengadaptasi dua model rujukan iaitu Model Logik Universiti Wisconsin (2002) untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan program PMET dan Model Hammond (1973) untuk menilai pencapaian anggota peserta dalam ujian penguasaan MET. Sampel terdiri daripada 469 anggota peserta, 33 fasilitator dan 32 pemerintah pasukan yang terlibat dengan program PMET bagi tempoh September hingga Disember 2013. Kajian tinjauan ini menggunakan set soal selidik dan ujian penguasaan MET sebagai instrumen. Bagi kategori anggota peserta, selain daripada menjawab soal selidik, mereka juga telah menduduki ujian penguasaan MET. Set soal selidik terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A menggunakan skala nominal untuk melihat demografi responden manakala bahagian B pula menggunakan skala Likert untuk mendapatkan persepsi responden mengenai program PMET. Ujian penguasaan MET pula terdiri daripada 3 bahagian iaitu bahagian A merupakan soalan objektif bagi mengukur domain kognitif, bahagian B dan C masing-masing adalah soalan pilihan
iv
menggunakan skala Likert bagi mengukur domain afektif dan psikomotor. Data kajian ini di analisis dengan perisian “Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) 20.0” menggunakan statistik deskriptif (kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai) dan inferensi (ujian ANOVA sehala dan ujian Regresi Berganda). Ujian-ujian ini dilaksanakan pada aras signifikan p < 0.05. Dapatan kajian mendapati, pertama, daripada aspek keberkesanan elemen pelaksanaan program PMET, purata nilai min yang ditunjukkan adalah pada tahap interpretasi ‘Tinggi’. Dapatan ini disokong dengan peratus persetujuan responden yang tinggi terhadap elemen-elemen pelaksanaan program kecuali elemen kemudahan menunjukkan interpretasi ‘Kurang Memuaskan’. Begitu juga dengan elemen kewangan didapati kurang menyokong program PMET. Kedua, adalah analisis regrasi berganda menunjukkan program PMET hanya memberi sumbangan yang kecil kepada penguasaan MET iaitu = 1.4%. Dari segi pecahan domain, sumbangan program PMET kepada penguasaan kognitif = 1.4%, afektif = 3.6% dan psikomotor = 0.5%. Ketiga, mengenai persepsi responden terhadap impak program PMET, analisis ANOVA telah menunjukkan peratusan yang tinggi tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara ketiga-tiga kategori responden. Keempat, didapati tahap penguasaan MET anggota peserta secara keseluruhan adalah pada tahap ‘Memuaskan (min = 77.6)’. Daripada segi pecahan domain pula, aspek afektif serta psikomotor menunjukkan penguasaan MET pada tahap ‘Memuaskan’, manakala aspek kognitif hanya pada tahap ‘Sederhana Tinggi’. Penguasaan psikomotor merupakan domain yang paling ramai dicapai anggota peserta pada tahap ‘Tinggi’ iaitu = 72.9%, diikuti penguasaan afektif = 51.6% dan kognitif = 46.0%. Implikasi kajian menunjukkan persepsi responden adalah Tinggi, namun sumbangan program PMET sebenarnya adalah Rendah dengan penguasaan MET peserta pada tahap Sederhana Tinggi. Justeru, adalah didapati terdapat banyak jurang yang boleh dibuat kajian untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan program PMET dalam ATM. |
format |
Thesis |
author |
Azri, Mokhtar @ Ahmad |
author_facet |
Azri, Mokhtar @ Ahmad |
author_sort |
Azri, Mokhtar @ Ahmad |
title |
Penilaian program pendidikan moral dan etika tentera dalam Angkatan Tentera Malaysia / Azri Mokhtar @ Ahmad
|
title_short |
Penilaian program pendidikan moral dan etika tentera dalam Angkatan Tentera Malaysia / Azri Mokhtar @ Ahmad
|
title_full |
Penilaian program pendidikan moral dan etika tentera dalam Angkatan Tentera Malaysia / Azri Mokhtar @ Ahmad
|
title_fullStr |
Penilaian program pendidikan moral dan etika tentera dalam Angkatan Tentera Malaysia / Azri Mokhtar @ Ahmad
|
title_full_unstemmed |
Penilaian program pendidikan moral dan etika tentera dalam Angkatan Tentera Malaysia / Azri Mokhtar @ Ahmad
|
title_sort |
penilaian program pendidikan moral dan etika tentera dalam angkatan tentera malaysia / azri mokhtar @ ahmad |
publishDate |
2016 |
url |
http://studentsrepo.um.edu.my/6470/7/azri.m.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/6470/ |
_version_ |
1738505919910641664 |
spelling |
my.um.stud.64702020-01-18T03:06:40Z Penilaian program pendidikan moral dan etika tentera dalam Angkatan Tentera Malaysia / Azri Mokhtar @ Ahmad Azri, Mokhtar @ Ahmad L Education (General) Kajian penilaian program Pendidikan Moral dan Etika Tentera (PMET) dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertujuan untuk menilai keberkesanan program ini berdasarkan keupayaan elemen-elemen program. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauh manakah pencapaian anggota peserta dalam ketiga-tiga domain kognitif, afektif dan psikomotor menerusi ujian penguasaan moral dan etika tentera (MET) yang diduduki. Kajian turut menerokai keupayaan fasilitator dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Dua pendekatan telah digunakan, yang pertama penilaian keberkesanan program PMET serta hubungannya dengan faktor-faktor yang mempengaruhi. Seterusnya yang kedua menggunakan pendekatan Rae (1999) dan Suchman (1967) yang mentafsirkan penilaian program adalah satu proses untuk menilai keberkesanan program berdasarkan kepada pencapaian objektifnya. Kajian ini telah mengadaptasi dua model rujukan iaitu Model Logik Universiti Wisconsin (2002) untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan program PMET dan Model Hammond (1973) untuk menilai pencapaian anggota peserta dalam ujian penguasaan MET. Sampel terdiri daripada 469 anggota peserta, 33 fasilitator dan 32 pemerintah pasukan yang terlibat dengan program PMET bagi tempoh September hingga Disember 2013. Kajian tinjauan ini menggunakan set soal selidik dan ujian penguasaan MET sebagai instrumen. Bagi kategori anggota peserta, selain daripada menjawab soal selidik, mereka juga telah menduduki ujian penguasaan MET. Set soal selidik terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A menggunakan skala nominal untuk melihat demografi responden manakala bahagian B pula menggunakan skala Likert untuk mendapatkan persepsi responden mengenai program PMET. Ujian penguasaan MET pula terdiri daripada 3 bahagian iaitu bahagian A merupakan soalan objektif bagi mengukur domain kognitif, bahagian B dan C masing-masing adalah soalan pilihan iv menggunakan skala Likert bagi mengukur domain afektif dan psikomotor. Data kajian ini di analisis dengan perisian “Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) 20.0” menggunakan statistik deskriptif (kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai) dan inferensi (ujian ANOVA sehala dan ujian Regresi Berganda). Ujian-ujian ini dilaksanakan pada aras signifikan p < 0.05. Dapatan kajian mendapati, pertama, daripada aspek keberkesanan elemen pelaksanaan program PMET, purata nilai min yang ditunjukkan adalah pada tahap interpretasi ‘Tinggi’. Dapatan ini disokong dengan peratus persetujuan responden yang tinggi terhadap elemen-elemen pelaksanaan program kecuali elemen kemudahan menunjukkan interpretasi ‘Kurang Memuaskan’. Begitu juga dengan elemen kewangan didapati kurang menyokong program PMET. Kedua, adalah analisis regrasi berganda menunjukkan program PMET hanya memberi sumbangan yang kecil kepada penguasaan MET iaitu = 1.4%. Dari segi pecahan domain, sumbangan program PMET kepada penguasaan kognitif = 1.4%, afektif = 3.6% dan psikomotor = 0.5%. Ketiga, mengenai persepsi responden terhadap impak program PMET, analisis ANOVA telah menunjukkan peratusan yang tinggi tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara ketiga-tiga kategori responden. Keempat, didapati tahap penguasaan MET anggota peserta secara keseluruhan adalah pada tahap ‘Memuaskan (min = 77.6)’. Daripada segi pecahan domain pula, aspek afektif serta psikomotor menunjukkan penguasaan MET pada tahap ‘Memuaskan’, manakala aspek kognitif hanya pada tahap ‘Sederhana Tinggi’. Penguasaan psikomotor merupakan domain yang paling ramai dicapai anggota peserta pada tahap ‘Tinggi’ iaitu = 72.9%, diikuti penguasaan afektif = 51.6% dan kognitif = 46.0%. Implikasi kajian menunjukkan persepsi responden adalah Tinggi, namun sumbangan program PMET sebenarnya adalah Rendah dengan penguasaan MET peserta pada tahap Sederhana Tinggi. Justeru, adalah didapati terdapat banyak jurang yang boleh dibuat kajian untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan program PMET dalam ATM. 2016 Thesis NonPeerReviewed application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/6470/7/azri.m.pdf Azri, Mokhtar @ Ahmad (2016) Penilaian program pendidikan moral dan etika tentera dalam Angkatan Tentera Malaysia / Azri Mokhtar @ Ahmad. PhD thesis, University of Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/6470/ |
score |
13.211869 |