Struktur frasa Bahasa Orang Asli Duano / Nur Hidayah Bt Mohamed Suleiman

Kajian ini bertujuan meneliti frasa dalam bahasa Orang Asli suku Duano atau juga dikenali sebagai Orang Kuala. Kerja lapangan ini bertumpu di Kampung Bumiputera Dalam, Rengit, Batu Pahat, Johor. Data untuk kajian ini diperoleh melalui kaedah kajian lapangan huluan. Seterusnya kajian ini menggunakan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamed Suleiman, Nur Hidayah
Format: Thesis
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/6399/1/1._CD.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/6399/2/2._TITLE_PAGE_(FRONT).pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/6399/3/3._TITLE_INSIDE_PAGE.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/6399/4/4._INSIDE_PAGE.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/6399/5/5._FULL_CHAPTER.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/6399/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan meneliti frasa dalam bahasa Orang Asli suku Duano atau juga dikenali sebagai Orang Kuala. Kerja lapangan ini bertumpu di Kampung Bumiputera Dalam, Rengit, Batu Pahat, Johor. Data untuk kajian ini diperoleh melalui kaedah kajian lapangan huluan. Seterusnya kajian ini menggunakan pendekatan struktural. Frasa-frasa yang terdapat dalam bahasa Orang Asli Duano adalah Frasa Namaan, Kerja, Adjektif dan Adverba. Frasa didefinisikan sebagai satu struktur yang terdiri sekurang-kurangnya dua kata. Seterusnya, tiap-tiap golongan yang telah dikenal pasti itu dianalisis berdasarkan penjenisan kepada frasa selapis dan kompleks. Berdasarkan distribusi dalam frasa, maka frasa selapis dibahagikan kepada frasa endosentrik dan eksosentrik. Frasa kompleks pula dibahagikan kepada frasa kompleks setara dan frasa kompleks tak setara. Sama seperti frasa selapis, penggolongan bagi frasa kompleks setara dan tak setara ini bergantung kepada pengisiannya. Frasa kompleks setara juga dibentuk dengan menggunakan kaedah parataksis tanpa kata hubung atau dengan kata hubung setara. Seterusnya, frasa kompleks tak setara pula terdiri daripada dua atau lebih frasa yang dilapiskan dan salah satu frasa akan berfungsi dalam frasa yang lebih besar darinya. Pada amnya, susunan unsur adalah Inti + Keterangan, tetapi bagi Frasa Adjektif, terdapat juga Keterangan + Inti. Selain itu, jumlah frasa eksosentrik jauh lebih kecil daripada frasa endosentrik. Namun, bagi Frasa Adverba didapati sebahagian besar binaannya adalah frasa eksosentrik yang terdiri daripada Preposisi + Kata Penuh (dalam hal ini, Kata Penuh merupakan Kata Namaan).