Filem-filem Tamil di Malaysia: Suatu pemerhatian terhadap ketaksamaan sosial / Silllalee S. Kandasamy

Kajian ini yang bertajuk, „Filem-Filem Tamil Di Malaysia: Suatu Pemerhatian Terhadap Ketaksamaan Sosial‟ membincangkan ketaksamaan sosial yang wujud dalam kalangan kelompok masyarakat India Malaysia sepertimana digambarkan dalam filem-filem Tamil Malaysia. Sebanyak tiga belas filem Tamil Malaysia ya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Silllalee, S. Kandasamy
Format: Thesis
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/6135/1/BAB_1.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/6135/2/BAB_2.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/6135/3/BAB_3.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/6135/4/BAB_4.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/6135/5/Bab_5.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/6135/6/Bab_6.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/6135/7/Bab_7.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/6135/8/Biblografi_.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/6135/9/Lampiran.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/6135/10/Muka_Hadapan.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/6135/11/pengakuan_hingga_kandungan.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/6135/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini yang bertajuk, „Filem-Filem Tamil Di Malaysia: Suatu Pemerhatian Terhadap Ketaksamaan Sosial‟ membincangkan ketaksamaan sosial yang wujud dalam kalangan kelompok masyarakat India Malaysia sepertimana digambarkan dalam filem-filem Tamil Malaysia. Sebanyak tiga belas filem Tamil Malaysia yang telah diterbitkan sekitar tahun 2005 hingga 2013 dipilih sebagai sumber utama kajian ini. Kajian ini dijalankan untuk mendedahkan sejarah perkembangan industri perfileman Tamil Malaysia; mengkaji dan mengenal pasti ketaksamaan sosial yang ditonjolkan dalam filem-filem Tamil Malaysia dan membuat analisis kritis akan ketaksamaan sosial tersebut berpandukan latar belakang ketaksamaan sosial yang sedia terbina. Ini merupakan kajian kualitatif yang bersifat deskriptif dan dibuat berdasarkan pendekatan hermenutik. Ini melibatkan empat tahap, iaitu identifikasi dan dokumentasi; penyiasatan dan pembahagian data; interpretasi dan analisis serta pendekatan penggabungan dan pencapaian kesimpulan. Data-data daripada sumber primer dan sekunder dikumpul, dianalisis serta ditafsirkan berdasarkan pendekatan hermenutik. Hal ini dikendalikan menerusi pemerhatian berstruktur, kajian perpustakaan dan temubual tidak berstruktur. Kajian semasa dilakukan berdasarkan tiga aspek utama ketaksamaan sosial iaitu status sosial, kelas sosial dan kuasa sosial. Aspek-aspek ini memainkan peranan penting dalam kewujudan ketaksamaan sosial. Kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor seperti, budaya, agama, pendidikan, ekonomi, gender dan politik / pentadbiran memainkan peranan siknifikan dalam pembentukkan ketaksamaan sosial dalam kalangan kelompok masyarakat India Malaysia sepertimana digambarkan dalam filem-filem Tamil Malysia. Kajian ini diperkukuhkan lagi dengan pengaplikasian tiga buah teori iaitu teori struktural-fungsional, teori konflik dan teori semiotik. Penemuan kajian menunjukan bahawa kebanyakkan ketaksamaan sosial yang wujud dalam kalangan kelompok masyarakat India Malaysia adalah diwarisi sejak zaman awal lagi. Hal ini didapati diperkukuhkan dengan amalan budaya, tradisi dan ajaran agama Hindu. Penemuan kajian juga menunjukkan bahawa aspek-aspek ketaksamaan sosial dalam kelompok masyarakat India Malaysia mengalami beberapa perubahan yang tertentu mengikut keperluan dan tuntutan zaman semasa. Selain itu, kajian turut menunjukkan bahawa terdapat beberapa aspek ketaksamaan sosial yang harus dipetahankan dan yang harus dimansuhkan ataupun diminimumkan untuk menjaga struktur organisasi sosial yang sedia terbina dalam kalangan kelompok masyarakat India Malaysia.