Analisis kesopanan bahasa masyarakat Arab di dalam animasi tanah liat / Muhammad Faisal bin Hashim

Kajian ini membincangkan mengenai kesopanan masyarakat Arab yang terdapat di dalam animasi tanah liat Arab. Hal ini kerana kesopanan merupakan aspek yang penting di dalam sesuatu komunikasi. Melalui kesopanan, ia dapat melihat kesesuaian ungkapan-ungkapan tersebut berdasarkan kepada konteks perbual...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hashim, Muhammad Faisal
Format: Thesis
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/6089/1/Abstrak.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/6089/2/Analisis_Kesopanan_Bahasa_.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/6089/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini membincangkan mengenai kesopanan masyarakat Arab yang terdapat di dalam animasi tanah liat Arab. Hal ini kerana kesopanan merupakan aspek yang penting di dalam sesuatu komunikasi. Melalui kesopanan, ia dapat melihat kesesuaian ungkapan-ungkapan tersebut berdasarkan kepada konteks perbualan atau situasi. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pemahaman terhadap budaya masyarakat Arab bertutur dan mengelak daripada berlakunya salah faham atau maklumat. Persoalan yang timbul ialah adakah ungkapan-ungkapan sopan yang terdapat di dalam animasi mematuhi Prinsip Kesopanan Leech? Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat unsur-unsur kesopanan yang terdapat di dalam animasi tanah liat Arab dan mengkaji ungkapan-ungkapan sopan mematuhi Prinsip Kesopanan Leech. Ungkapan-ungkapan sopan tersebut dianalisis mengikut Prinsip Kesopanan Leech yang terdiri daripada Maksim Santun, Maksim Kerendahan Hati, Maksim Simpati, Maksim, Persetujuan, Maksim Sokongan dan Maksim Kedermawaaan. Penggunaan Prinsip Kesopanan Leech adalah kerana terdapat banyak ungkapan-ungkapan sopan di dalam masyarakat Arab mematuhi Prinsip Kesopanan Leech berbanding model kesopanan yang lain. Metodologi kajian ini ialah metodologi kajian perpustakaan dan analisis. Dapatan umum kajian ini mendapati bahawa terdapat banyak ungkapan-ungkapan sopan di dalam animasi tersebut mematuhi Prinsip Kesopanan Leech. Ungkapan-ungkapan tersebut sesuai diketengahkan dan diaplikasikan oleh para pelajar dan membantu membantu para pelajar memahami budaya masyarakat Arab ketika bertutur.