Pusing ganti pekerja di Jurukur Perunding Services Sdn Bhd, Puchong, Selangor / Nor Azlina Abd Rahim

Pusing ganti pekerja merupakan satu proses pertukaran pekerja dari satu organisasi ke organisasi lain. Terdapat perkaitan antara pusing ganti pekerja dengan kepuasan kerja di dalam organisasi. Keghairahan organisasi dalam menjayakan visi dan misi organisasi ada ketikanya organisasi alpa akan sumber...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Azlina, Abd Rahim
Format: Thesis
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5976/1/azlina.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5976/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pusing ganti pekerja merupakan satu proses pertukaran pekerja dari satu organisasi ke organisasi lain. Terdapat perkaitan antara pusing ganti pekerja dengan kepuasan kerja di dalam organisasi. Keghairahan organisasi dalam menjayakan visi dan misi organisasi ada ketikanya organisasi alpa akan sumber yang paling bernilai iaitu manusia/pekerja. Kealpaan ini boleh mengundang pelbagai masalah kepada organisasi seperti masalah pusing ganti pekerja, ketidakhadiran dan ketidakpuasan kerja. Tidak dinafikan bahawa masalah pusing ganti pekerja memang merugikan sesebuah organisasi. Peningkatan kos pengambilan dan latihan pekerja bagi sesebuah organisasi akan meningkat dengan banyaknya, malah masa juga akan terbuang begitu sahaja. Pengukuran dan analisis kadar pusing ganti pekerja dibuat berdasarkan tahun 2013 hingga 2014. Pelbagai data dikumpul bagi menganalisis faktor-faktor penyumbang kepada pusing ganti serta menilai kesannya pada organisasi dalam masa dua tahun. Metodologi utama yang digunakan dalam kajian ini adalah penggunaan data sekunder di mana semua maklumat diperolehi dari Jabatan Sumber Manusia Jurukur Perunding Services Sdn Bhd. Pengggunaan data primer juga digunapakai iaitu borang soal selidik yang telah diedarkan kepada 60 orang responden serta sesi temubual dengan pengurus operasi serta bekas pekerja. Kajian yang telah dijalankan mendapati kadar pusing ganti di Jurukur Perunding Services Sdn Bhd adalah pada tahun 2013 sebanyak 32 peratus dan pada tahun 2014 pula adalah sebanyak 37.9 peratus. Antara faktor-faktor utama yang menyumbang ke arah pusing ganti tersebut ialah pembayaran gaji yang tidak memenuhi kehendak pekerja, keadaan tugasan iaitu tekanan daripada kekurangan tenaga kerja dan bebanan kerja yang banyak, kepimpinan dan penyeliaan yang kurang cekap dan juga kekurangan latihan atau kursus kemahiran dan motivasi. Kajian mencadangkan penstrukturan semula pembayaran gaji, menitikberatkan kebajikan pekerja, memperbaiki tahap pengurusan kerja melalui latihan dan motivasi dan cadangan yang paling penting sekali ialah penambahbaikan tugas dan komunikasi pengurus/penyelia untuk menggelakkan berlakunya pusing ganti pekerja di masa hadapan.