Konsepsi matematik dalam kalangan pelajar Diploma Sains Aktuari / Roselah Osman

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti konsepsi tentang matematik yang dipunyai oleh pelajar Diploma Sains Aktuari. Secara khusus, kajian ini dijalankan untuk meneliti pengetahuan yang dimiliki oleh pelajar tentang makna matematik, makna pembelajaran matematik, kegunaan matematik dalam kehidupan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Osman, Roselah
Format: Thesis
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5940/1/JILID_1.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5940/2/JILID_2.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5940/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.um.stud.5940
record_format eprints
spelling my.um.stud.59402015-10-07T05:12:01Z Konsepsi matematik dalam kalangan pelajar Diploma Sains Aktuari / Roselah Osman Osman, Roselah L Education (General) QA Mathematics Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti konsepsi tentang matematik yang dipunyai oleh pelajar Diploma Sains Aktuari. Secara khusus, kajian ini dijalankan untuk meneliti pengetahuan yang dimiliki oleh pelajar tentang makna matematik, makna pembelajaran matematik, kegunaan matematik dalam kehidupan seharian, dan proses pembelajaran matematik. Peserta kajian terdiri daripada lima orang pelajar Diploma Sains Aktuari yang dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan jenis variasi maksimum. Kajian yang berlandaskan perspektif bersepadu sejagat ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Data dikumpul melalui teknik temu duga klinikal, manakala instrumen kajian pula membabitkan empat jenis protokol temu duga klinikal. Peserta kajian ditemu duga seorang demi seorang sebanyak lima kali dalam masa empat bulan. Setiap sesi temu duga dirakam secara audio dan video yang mengambil masa selama 40 minit hingga 60 minit. Sebagai tambahan, penganalisisan data melibatkan empat tahap, iaitu transkripsi rakaman temu duga kepada bentuk bertulis, pembentukan kajian kes yang membabitkan pemerihalan tingkah laku peserta kajian tentang aspek matematik, penganalisisan merentas peserta kajian, dan pengenalpastian konsepsi pelajar Diploma Sains Aktuari tentang matematik. Hasil kajian menunjukkan pelajar Diploma Sains Aktuari mentafsirkan makna matematik sebagai suatu bentuk pengetahuan yang mengandungi kandungan yang khusus, memiliki kebenaran mutlak secara a priori, berguna dalam aktiviti sosial manusia, memiliki elemen keindahan dalam budaya tertentu, dan berpunca dari Tuhan, tetapi diperoleh oleh manusia daripada alam sekitar dan sejarah kehidupan manusia. Gabungan persepsi deria dan pengalaman empirikal membabitkan alasan logik atau pemikiran rasional dianggap penting dalam pembentukan dan pengembangan pengetahuan matematik. Dalam aspek makna pembelajaran matematik pula, pelajar Diploma Sains Aktuari mentafsirkannya sebagai suatu bentuk aktiviti menerima maklumat yang konsisten daripada persekitaran bilik darjah yang distrukturkan dengan rapi. Dua perkara utama dalam pembelajaran matematik antara lain berkait dengan perkembangan manusia seperti ahli matematik atau guru matematik dan pelajar, manakala imej pembelajaran matematik yang dibentuk pula berpusat kepada pengalaman kognitif, afektif, dan fizikal pelajar. Selain itu, berhubung dengan aspek kegunaan matematik dalam kehidupan seharian, konsepsi pelajar Diploma Sains Aktuari banyak menggambarkan saling hubungan matematik dengan alam sekitar dan manusia, manakala dalam aspek proses pembelajaran matematik pula, mereka meletakkan manusia dan teknologi sebagai dua sumber autoriti yang membantu dalam pembelajaran matematik. Secara ringkasnya, pelajar Diploma Sains Aktuari menggunakan perspektif bersepadu sejagat dalam mentafsirkan matematik. Bagaimana pun, pemahaman mereka tentang konsep matematik, proses pembelajaran matematik, dan penggunaan idea matematik yang betul kebanyakannya tertumpu kepada tahap pemahaman yang bersifat luaran atau permukaan berbanding dalaman. Kata kunci: Konsepsi, Pelajar Diploma Sains Aktuari, Matematik, Perspektif Bersepadu Sejagat. 2015 Thesis NonPeerReviewed application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5940/1/JILID_1.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5940/2/JILID_2.pdf Osman, Roselah (2015) Konsepsi matematik dalam kalangan pelajar Diploma Sains Aktuari / Roselah Osman. PhD thesis, University of Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/5940/
institution Universiti Malaya
building UM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Malaya
content_source UM Student Repository
url_provider http://studentsrepo.um.edu.my/
topic L Education (General)
QA Mathematics
spellingShingle L Education (General)
QA Mathematics
Osman, Roselah
Konsepsi matematik dalam kalangan pelajar Diploma Sains Aktuari / Roselah Osman
description Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti konsepsi tentang matematik yang dipunyai oleh pelajar Diploma Sains Aktuari. Secara khusus, kajian ini dijalankan untuk meneliti pengetahuan yang dimiliki oleh pelajar tentang makna matematik, makna pembelajaran matematik, kegunaan matematik dalam kehidupan seharian, dan proses pembelajaran matematik. Peserta kajian terdiri daripada lima orang pelajar Diploma Sains Aktuari yang dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan jenis variasi maksimum. Kajian yang berlandaskan perspektif bersepadu sejagat ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Data dikumpul melalui teknik temu duga klinikal, manakala instrumen kajian pula membabitkan empat jenis protokol temu duga klinikal. Peserta kajian ditemu duga seorang demi seorang sebanyak lima kali dalam masa empat bulan. Setiap sesi temu duga dirakam secara audio dan video yang mengambil masa selama 40 minit hingga 60 minit. Sebagai tambahan, penganalisisan data melibatkan empat tahap, iaitu transkripsi rakaman temu duga kepada bentuk bertulis, pembentukan kajian kes yang membabitkan pemerihalan tingkah laku peserta kajian tentang aspek matematik, penganalisisan merentas peserta kajian, dan pengenalpastian konsepsi pelajar Diploma Sains Aktuari tentang matematik. Hasil kajian menunjukkan pelajar Diploma Sains Aktuari mentafsirkan makna matematik sebagai suatu bentuk pengetahuan yang mengandungi kandungan yang khusus, memiliki kebenaran mutlak secara a priori, berguna dalam aktiviti sosial manusia, memiliki elemen keindahan dalam budaya tertentu, dan berpunca dari Tuhan, tetapi diperoleh oleh manusia daripada alam sekitar dan sejarah kehidupan manusia. Gabungan persepsi deria dan pengalaman empirikal membabitkan alasan logik atau pemikiran rasional dianggap penting dalam pembentukan dan pengembangan pengetahuan matematik. Dalam aspek makna pembelajaran matematik pula, pelajar Diploma Sains Aktuari mentafsirkannya sebagai suatu bentuk aktiviti menerima maklumat yang konsisten daripada persekitaran bilik darjah yang distrukturkan dengan rapi. Dua perkara utama dalam pembelajaran matematik antara lain berkait dengan perkembangan manusia seperti ahli matematik atau guru matematik dan pelajar, manakala imej pembelajaran matematik yang dibentuk pula berpusat kepada pengalaman kognitif, afektif, dan fizikal pelajar. Selain itu, berhubung dengan aspek kegunaan matematik dalam kehidupan seharian, konsepsi pelajar Diploma Sains Aktuari banyak menggambarkan saling hubungan matematik dengan alam sekitar dan manusia, manakala dalam aspek proses pembelajaran matematik pula, mereka meletakkan manusia dan teknologi sebagai dua sumber autoriti yang membantu dalam pembelajaran matematik. Secara ringkasnya, pelajar Diploma Sains Aktuari menggunakan perspektif bersepadu sejagat dalam mentafsirkan matematik. Bagaimana pun, pemahaman mereka tentang konsep matematik, proses pembelajaran matematik, dan penggunaan idea matematik yang betul kebanyakannya tertumpu kepada tahap pemahaman yang bersifat luaran atau permukaan berbanding dalaman. Kata kunci: Konsepsi, Pelajar Diploma Sains Aktuari, Matematik, Perspektif Bersepadu Sejagat.
format Thesis
author Osman, Roselah
author_facet Osman, Roselah
author_sort Osman, Roselah
title Konsepsi matematik dalam kalangan pelajar Diploma Sains Aktuari / Roselah Osman
title_short Konsepsi matematik dalam kalangan pelajar Diploma Sains Aktuari / Roselah Osman
title_full Konsepsi matematik dalam kalangan pelajar Diploma Sains Aktuari / Roselah Osman
title_fullStr Konsepsi matematik dalam kalangan pelajar Diploma Sains Aktuari / Roselah Osman
title_full_unstemmed Konsepsi matematik dalam kalangan pelajar Diploma Sains Aktuari / Roselah Osman
title_sort konsepsi matematik dalam kalangan pelajar diploma sains aktuari / roselah osman
publishDate 2015
url http://studentsrepo.um.edu.my/5940/1/JILID_1.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5940/2/JILID_2.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5940/
_version_ 1738505853481254912
score 13.160551