Penilaian pelaksanaan kurikulum qiraat di Darul Quran dan ma’ahad tahfiz Al-Qur’an di Malaysia / Zainora binti Daud

Kurikulum qirā’āt ialah satu bidang yang membincangkan perselisihan bacaan yang berlaku antara imam-imam dan perawi-perawi Qirā’āt Sab’ah yang bertepatan dengan tiga rukun bacaan qirā’āt dan dipelajari secara talaqqī dan mushāfahah. Kurikulum qirā’āt telah diperkenalkan di Darul Quran, JAKIM sejak p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Daud, Zainora
Format: Thesis
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5892/1/Penilaian_Kurikulum_Qiraat_di_Darul_Quran_dan_Ma'ahad_Tahfiz_al%2DQur'an_di_Malaysia.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5892/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.um.stud.5892
record_format eprints
spelling my.um.stud.58922015-10-07T09:40:16Z Penilaian pelaksanaan kurikulum qiraat di Darul Quran dan ma’ahad tahfiz Al-Qur’an di Malaysia / Zainora binti Daud Daud, Zainora BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc Kurikulum qirā’āt ialah satu bidang yang membincangkan perselisihan bacaan yang berlaku antara imam-imam dan perawi-perawi Qirā’āt Sab’ah yang bertepatan dengan tiga rukun bacaan qirā’āt dan dipelajari secara talaqqī dan mushāfahah. Kurikulum qirā’āt telah diperkenalkan di Darul Quran, JAKIM sejak penubuhannya lagi pada tahun 1966 serta penglibatan Ma’ahad-ma’ahad Tahfiz al-Quran di Malaysia hingga kini telah melalui pelbagai bengkel pemurnian dan perubahan dari aspek tempoh pengajian, isi kandungan dan kaedah penilaian. Kajian deskriptif ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan kurikulum qirā’āt di Darul Quran, JAKIM dan Ma’ahad-ma’ahad Tahfiz al-Quran di Malaysia. Reka bentuk kajian ini berbentuk triangulasi yang menggabungkan antara kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif. Kesemua instrumen pengutipan data telah diubahsuai oleh pengkaji dan disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar. Tahap nilai kebolehpercayaan Alfa Cronbach yang diperolehi bagi semua instrumen dalam dua set soal selidik adalah tinggi (>0.8). Kajian ini telah dijalankan di Darul Quran dan sembilan buah Ma’ahad Tahfiz al-Quran di Malaysia. Responden terdiri daripada 46 orang pensyarah yang mengajar qirā’āt dan 136 orang pelajar semester 6 yang mengikuti Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, JAKIM telah dipilih untuk kajian ini. Kajian ini menggunakan dua set soal selidik yang diedarkan kepada pensyarah dan pelajar untuk mendapatkan data penilaian kurikulum, kandungan serta pelaksanaan kurikulum qirā’āt dan satu set ujian shafawī qirā’āt juga digunakan untuk memperoleh data penilaian pencapaian. Manakala temu bual semi struktur dan pemerhatian berstruktur juga digunakan untuk mendapatkan data kualitatif dalam proses pelaksanaan kurikulum qirā’āt. Data kuantitatif daripada dua set soal selidik dan ujian shafawī qirā’āt dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Secara keseluruhan, dapatan kajian deskriptif menunjukkan elemen-elemen penilaian iv kurikulum qirā’āt, iaitu kerelevenan kurikulum qirā’āt, penilaian kendiri pensyarah adalah tinggi tetapi penilaian kendiri pelajar terhadap kurikulum qirā’āt pada tahap sederhana tinggi dan elemen-elemen penilaian kandungan kurikulum qirā’āt, iaitu kandungan silibus kurikulum qirā’āt, peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran dan kemudahan ABM pada tahap sederhana tinggi. Dapatan penilaian pelaksanaan kurikulum qirā’āt pula menunjukkan bahawa hanya kaedah Qirā’āt ‘Ilm dan kaedah Qirā’āt Amali berada pada tahap tinggi tetapi penggunaan ABM yang berbentuk ICT dan elektronik berada pada tahap sederhana rendah. Hanya elemen penggunaan buku teks atau buku rujukan serta papan tulis berada pada tahap tinggi. Begitu juga dengan dapatan penilaian tahap pencapaian qirā’āt berada pada tahap sederhana rendah. Dapatan kajian ini berguna kepada penggubal polisi dalam usaha mengukuhkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kurikulum qirā’āt serta meningkatkan penguasaan qirā’āt pelajar-pelajar institut pengajian tahfiz di Malaysia selaras dengan misi dan visi pendidikan qirā’āt. 2015 Thesis NonPeerReviewed application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5892/1/Penilaian_Kurikulum_Qiraat_di_Darul_Quran_dan_Ma'ahad_Tahfiz_al%2DQur'an_di_Malaysia.pdf Daud, Zainora (2015) Penilaian pelaksanaan kurikulum qiraat di Darul Quran dan ma’ahad tahfiz Al-Qur’an di Malaysia / Zainora binti Daud. PhD thesis, University of Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/5892/
institution Universiti Malaya
building UM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Malaya
content_source UM Student Repository
url_provider http://studentsrepo.um.edu.my/
topic BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
spellingShingle BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Daud, Zainora
Penilaian pelaksanaan kurikulum qiraat di Darul Quran dan ma’ahad tahfiz Al-Qur’an di Malaysia / Zainora binti Daud
description Kurikulum qirā’āt ialah satu bidang yang membincangkan perselisihan bacaan yang berlaku antara imam-imam dan perawi-perawi Qirā’āt Sab’ah yang bertepatan dengan tiga rukun bacaan qirā’āt dan dipelajari secara talaqqī dan mushāfahah. Kurikulum qirā’āt telah diperkenalkan di Darul Quran, JAKIM sejak penubuhannya lagi pada tahun 1966 serta penglibatan Ma’ahad-ma’ahad Tahfiz al-Quran di Malaysia hingga kini telah melalui pelbagai bengkel pemurnian dan perubahan dari aspek tempoh pengajian, isi kandungan dan kaedah penilaian. Kajian deskriptif ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan kurikulum qirā’āt di Darul Quran, JAKIM dan Ma’ahad-ma’ahad Tahfiz al-Quran di Malaysia. Reka bentuk kajian ini berbentuk triangulasi yang menggabungkan antara kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif. Kesemua instrumen pengutipan data telah diubahsuai oleh pengkaji dan disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar. Tahap nilai kebolehpercayaan Alfa Cronbach yang diperolehi bagi semua instrumen dalam dua set soal selidik adalah tinggi (>0.8). Kajian ini telah dijalankan di Darul Quran dan sembilan buah Ma’ahad Tahfiz al-Quran di Malaysia. Responden terdiri daripada 46 orang pensyarah yang mengajar qirā’āt dan 136 orang pelajar semester 6 yang mengikuti Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, JAKIM telah dipilih untuk kajian ini. Kajian ini menggunakan dua set soal selidik yang diedarkan kepada pensyarah dan pelajar untuk mendapatkan data penilaian kurikulum, kandungan serta pelaksanaan kurikulum qirā’āt dan satu set ujian shafawī qirā’āt juga digunakan untuk memperoleh data penilaian pencapaian. Manakala temu bual semi struktur dan pemerhatian berstruktur juga digunakan untuk mendapatkan data kualitatif dalam proses pelaksanaan kurikulum qirā’āt. Data kuantitatif daripada dua set soal selidik dan ujian shafawī qirā’āt dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Secara keseluruhan, dapatan kajian deskriptif menunjukkan elemen-elemen penilaian iv kurikulum qirā’āt, iaitu kerelevenan kurikulum qirā’āt, penilaian kendiri pensyarah adalah tinggi tetapi penilaian kendiri pelajar terhadap kurikulum qirā’āt pada tahap sederhana tinggi dan elemen-elemen penilaian kandungan kurikulum qirā’āt, iaitu kandungan silibus kurikulum qirā’āt, peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran dan kemudahan ABM pada tahap sederhana tinggi. Dapatan penilaian pelaksanaan kurikulum qirā’āt pula menunjukkan bahawa hanya kaedah Qirā’āt ‘Ilm dan kaedah Qirā’āt Amali berada pada tahap tinggi tetapi penggunaan ABM yang berbentuk ICT dan elektronik berada pada tahap sederhana rendah. Hanya elemen penggunaan buku teks atau buku rujukan serta papan tulis berada pada tahap tinggi. Begitu juga dengan dapatan penilaian tahap pencapaian qirā’āt berada pada tahap sederhana rendah. Dapatan kajian ini berguna kepada penggubal polisi dalam usaha mengukuhkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kurikulum qirā’āt serta meningkatkan penguasaan qirā’āt pelajar-pelajar institut pengajian tahfiz di Malaysia selaras dengan misi dan visi pendidikan qirā’āt.
format Thesis
author Daud, Zainora
author_facet Daud, Zainora
author_sort Daud, Zainora
title Penilaian pelaksanaan kurikulum qiraat di Darul Quran dan ma’ahad tahfiz Al-Qur’an di Malaysia / Zainora binti Daud
title_short Penilaian pelaksanaan kurikulum qiraat di Darul Quran dan ma’ahad tahfiz Al-Qur’an di Malaysia / Zainora binti Daud
title_full Penilaian pelaksanaan kurikulum qiraat di Darul Quran dan ma’ahad tahfiz Al-Qur’an di Malaysia / Zainora binti Daud
title_fullStr Penilaian pelaksanaan kurikulum qiraat di Darul Quran dan ma’ahad tahfiz Al-Qur’an di Malaysia / Zainora binti Daud
title_full_unstemmed Penilaian pelaksanaan kurikulum qiraat di Darul Quran dan ma’ahad tahfiz Al-Qur’an di Malaysia / Zainora binti Daud
title_sort penilaian pelaksanaan kurikulum qiraat di darul quran dan ma’ahad tahfiz al-qur’an di malaysia / zainora binti daud
publishDate 2015
url http://studentsrepo.um.edu.my/5892/1/Penilaian_Kurikulum_Qiraat_di_Darul_Quran_dan_Ma'ahad_Tahfiz_al%2DQur'an_di_Malaysia.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5892/
_version_ 1738505847282073600
score 13.18916