Istilah tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim : kajian leksikografi dan analisis wacana Bahasa Arab / Saipolbarin bin Ramli

Kajian ini membincangkan tajuk tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim dari sudut leksikografi dan analisis wacana Arab. Tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim merangkumi perkataan tumbuh-tumbuhan, perkataan pokok dan nama tumbuhan-tumbuhan. Korpus kajian ialah semua ayat tumbuh-tumbuhan dalam Al...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ramli, Saipolbarin
Format: Thesis
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5857/1/Tesis_Ph.D.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5857/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.um.stud.5857
record_format eprints
spelling my.um.stud.58572015-09-08T06:48:11Z Istilah tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim : kajian leksikografi dan analisis wacana Bahasa Arab / Saipolbarin bin Ramli Ramli, Saipolbarin BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc PJ Semitic Kajian ini membincangkan tajuk tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim dari sudut leksikografi dan analisis wacana Arab. Tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim merangkumi perkataan tumbuh-tumbuhan, perkataan pokok dan nama tumbuhan-tumbuhan. Korpus kajian ialah semua ayat tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim. Fokus kajian pula adalah dalam bidang leksikografi dan analisis wacana Arab serta dilengkapkan dengan disiplin ilmu yang lain iaitu bidang tafsir, hadith, balaghah, philologi Arab, pertanian, perubatan dan geografi. Perbincangan dari aspek leksikografi bertujuan untuk mendapatkan maksud sebenar perkataan dan nama tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim. Terdapat beberapa nama tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim yang diterjemahkan kepada pelbagai maksud yang berbeza. Situasi ini berlaku disebabkan oleh faktor perkembangan agama Islam dan bahasa Arab ke seluruh dunia. Kajian dalam bidang analisis wacana Arab pula menggunakan teori sastera formalis balaghah bagi tujuan menganalisis kepelbagaian bentuk penggunaan perkataan dan nama tumbuh-tumbuhan dalam gaya bahasa Al-Qur’an Al-Karim. Penggunaan ayat tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim menunjukkan bahawa ayat-ayat ini tidak sekadar berperanan dalam bidang pertanian, perubatan dan geografi sahaja, tetapi berperanan juga dalam bidang bahasa yang menampilkan keindahan gaya bahasa Al-Qur’an Al-Karim. Kajian ini menggunakan metode historis dan metode dokumentari yang mengaplikasikan kaedah pengumpulan data secara kualitatif. Kedua-dua metodologi ini mempraktikkan kaedah kajian perpustakaan dan tinjauan luar. Data yang diperoleh dianalisis dengan merujuk kepada hasil karya para sarjana silam dan moden dalam bidang leksikografi Arab dan analisis wacana. Perisian komputer serta internet juga digunakan bagi memudahkan proses penganalisaan data. Hasil kajian dalam bidang leksikografi Arab telah dapat menjelaskan maksud sebenar istilah dan nama tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim. Manakala dalam bidang analisis wacana pula, dapatan kajian menunjukkan bahawa ayat tumbuh-tumbuhan digunakan dalam empat jenis gaya bahasa dalam Al-Qur’an Al-Karim. Penggunaan istilah tumbuh-tumbuhan dalam gaya bahasa ini menampilkan keindahan gaya bahasa Al-Qur’an Al-Karim bagi menyampaikan mesej Ilahi kepada manusia. 2015 Thesis NonPeerReviewed application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5857/1/Tesis_Ph.D.pdf Ramli, Saipolbarin (2015) Istilah tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim : kajian leksikografi dan analisis wacana Bahasa Arab / Saipolbarin bin Ramli. PhD thesis, University of Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/5857/
institution Universiti Malaya
building UM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Malaya
content_source UM Student Repository
url_provider http://studentsrepo.um.edu.my/
topic BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
PJ Semitic
spellingShingle BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
PJ Semitic
Ramli, Saipolbarin
Istilah tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim : kajian leksikografi dan analisis wacana Bahasa Arab / Saipolbarin bin Ramli
description Kajian ini membincangkan tajuk tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim dari sudut leksikografi dan analisis wacana Arab. Tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim merangkumi perkataan tumbuh-tumbuhan, perkataan pokok dan nama tumbuhan-tumbuhan. Korpus kajian ialah semua ayat tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim. Fokus kajian pula adalah dalam bidang leksikografi dan analisis wacana Arab serta dilengkapkan dengan disiplin ilmu yang lain iaitu bidang tafsir, hadith, balaghah, philologi Arab, pertanian, perubatan dan geografi. Perbincangan dari aspek leksikografi bertujuan untuk mendapatkan maksud sebenar perkataan dan nama tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim. Terdapat beberapa nama tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim yang diterjemahkan kepada pelbagai maksud yang berbeza. Situasi ini berlaku disebabkan oleh faktor perkembangan agama Islam dan bahasa Arab ke seluruh dunia. Kajian dalam bidang analisis wacana Arab pula menggunakan teori sastera formalis balaghah bagi tujuan menganalisis kepelbagaian bentuk penggunaan perkataan dan nama tumbuh-tumbuhan dalam gaya bahasa Al-Qur’an Al-Karim. Penggunaan ayat tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim menunjukkan bahawa ayat-ayat ini tidak sekadar berperanan dalam bidang pertanian, perubatan dan geografi sahaja, tetapi berperanan juga dalam bidang bahasa yang menampilkan keindahan gaya bahasa Al-Qur’an Al-Karim. Kajian ini menggunakan metode historis dan metode dokumentari yang mengaplikasikan kaedah pengumpulan data secara kualitatif. Kedua-dua metodologi ini mempraktikkan kaedah kajian perpustakaan dan tinjauan luar. Data yang diperoleh dianalisis dengan merujuk kepada hasil karya para sarjana silam dan moden dalam bidang leksikografi Arab dan analisis wacana. Perisian komputer serta internet juga digunakan bagi memudahkan proses penganalisaan data. Hasil kajian dalam bidang leksikografi Arab telah dapat menjelaskan maksud sebenar istilah dan nama tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim. Manakala dalam bidang analisis wacana pula, dapatan kajian menunjukkan bahawa ayat tumbuh-tumbuhan digunakan dalam empat jenis gaya bahasa dalam Al-Qur’an Al-Karim. Penggunaan istilah tumbuh-tumbuhan dalam gaya bahasa ini menampilkan keindahan gaya bahasa Al-Qur’an Al-Karim bagi menyampaikan mesej Ilahi kepada manusia.
format Thesis
author Ramli, Saipolbarin
author_facet Ramli, Saipolbarin
author_sort Ramli, Saipolbarin
title Istilah tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim : kajian leksikografi dan analisis wacana Bahasa Arab / Saipolbarin bin Ramli
title_short Istilah tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim : kajian leksikografi dan analisis wacana Bahasa Arab / Saipolbarin bin Ramli
title_full Istilah tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim : kajian leksikografi dan analisis wacana Bahasa Arab / Saipolbarin bin Ramli
title_fullStr Istilah tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim : kajian leksikografi dan analisis wacana Bahasa Arab / Saipolbarin bin Ramli
title_full_unstemmed Istilah tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim : kajian leksikografi dan analisis wacana Bahasa Arab / Saipolbarin bin Ramli
title_sort istilah tumbuh-tumbuhan dalam al-qur’an al-karim : kajian leksikografi dan analisis wacana bahasa arab / saipolbarin bin ramli
publishDate 2015
url http://studentsrepo.um.edu.my/5857/1/Tesis_Ph.D.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5857/
_version_ 1738505842792071168
score 13.188404