Keberkesanan pembelajaran koperatif di dalam pengajaran bahasa Arab program j-QAF / Habibah binti Mhd. Said

Tujuan utama penyelidikan ini dijalankan adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan pembelajaran koperatif (PK) di dalam pengajaran Bahasa Arab program j-QAF dapat meningkatkan pencapaian murid dalam menguasai Bahasa Arab. Datadata yang diperlukan dalam kajian ini diperolehi melalui ujian pra dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mhd. Said, Habibah
Format: Thesis
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5819/2/Keberkesanan_Pembelajaran_Koperatif_Di_Dalam_Pengajaran_Baha.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5819/1/Keberkesanan_Pembelajaran_Koperatif_Di_Dalam_Pengajaran__(1).pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5819/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan utama penyelidikan ini dijalankan adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan pembelajaran koperatif (PK) di dalam pengajaran Bahasa Arab program j-QAF dapat meningkatkan pencapaian murid dalam menguasai Bahasa Arab. Datadata yang diperlukan dalam kajian ini diperolehi melalui ujian pra dan pos, pemerhatian dan soal selidik terhadap 40 orang murid yang merupakan sampel kajian. Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan selama 2 bulan iaitu sebanyak 8 kali pengajaran menerusi kaedah yang dikaji. Seterusnya data ujian pra dan pos dianalisis menggunakan program SPSS bagi mengukur pencapaian di antara sampel sebelum dan selepas mereka melalui PK. Manakala data pemerhatian dianalisis secara manual bagi menunjukkan perbandingan di antara jantina dari segi pencapaian, tingkahlaku dan kesediaan menjawab soalan dan ianya dijelaskan melalui graf dan data soal selidik dinilai melalui peratus bagi melihat sikap serta motivasi murid di dalam pembelajaran Bahasa Arab menggunakan kaedah koperatif. Dapatan kajian secara amnya menunjukkan kaedah PK yang digunakan dapat meningkatkan pencapaian murid keseluruhannya. Ianya didapati sangat berkesan kerana mereka juga dapat bekerjasama dan mengamalkan kemahiran sosial di antara mereka di mana min soal selidik tersebut menunjukkan nilai purata yang tinggi iaitu 4.7 Begitu juga dengan harapan terhadap kaedah PK untuk dilaksanakan lagi pada masa akan datang menunjukkan sikap positif berada pada tahap yang tinggi dengan min (purata) 4.85. Secara keseluruhannya, kebanyakan murid yang telah melalui PK menerima baik perlaksanaan PK. Implikasi dapatan kajian ini mencadangkan bahawa PK wajar digunakan sebagai satu strategi P&P di dalam subjek Bahasa Arab bagi meningkatkan prestasi murid.