Keberkesanan pendidikan syariah Islamiah terhadap pergaulan pelajar : kajian di sekolah menengah di Kuala Terengganu / Dasima binti Sidek

Kajian tentang keberkesanan mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah (PSI) terhadap pergaulan pelajar di sekolah menengah dilakukan berdasar kepada wujudnya permasalahan sosial dan jenayah dalam kalangan pelajar yang begitu meruncing. Adakah permasalahan tersebut disebabkan oleh pembelajaran PSI k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sidek, Dasima
Format: Thesis
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5758/5/Muka_kulit_depan.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5758/4/Muka_dalam.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5758/1/abstrak_penghargaan_kandungan.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5758/2/bab_1%2D5_jun_2015.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5758/6/Surat_Kebenaran_page_135_KPM.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5758/7/Surat_Kebenaran_page_136_JPNT.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5758/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian tentang keberkesanan mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah (PSI) terhadap pergaulan pelajar di sekolah menengah dilakukan berdasar kepada wujudnya permasalahan sosial dan jenayah dalam kalangan pelajar yang begitu meruncing. Adakah permasalahan tersebut disebabkan oleh pembelajaran PSI kurang berkesan atau terdapat faktor lain yang menyebabkan berlakunya pelanggaran batas akhlak pelajar dalam pergaulan mereka. Bertepatan dengan objektif kajian yang disasarkan iaitu perlunya membuat penyelidikan pandangan fuqaha’ tentang pergaulan dalam Islam sebagai sandaran kajian. Proses menilai keberkesanan kurikulum PSI terhadap pergaulan pelajar dan kajian sebab-sebab sebenar pelanggaran batas pergaulan pelajar juga dilakukan untuk memenuhi tuntutan kajian ini. Dalam kajian ini, metode soal selidik dipilih dan dilakukan terhadap pelajar tingkatan lima di dua buah sekolah menengah di Kuala Terengganu iaitu, SMKA Tok Jiring dan SBPI Batu Rakit. Hasil kajian ini mendapati bahawa PSI masih lagi berkesan dalam konteks membataskan pergaulan pelajar dalam kehidupan seharian mereka. Kajian ini juga menunjukkan bahawa punca sebenar pelanggaran batas pergaulan didominasi oleh faktor luaran berbanding faktor dalaman. Aspek kefahaman pelajar terhadap kurikulum PSI adalah tinggi, sementara tahap penghayatannya pula adalah sederhana. Justeru, beberapa langkah penambahbaikan yang disarankan perlu dilakukan untuk meningkatkan tahap tersebut.