Analisis struktur ayat dalam Surah Maryam : satu kajian i'jaz al-Qur'an / Norazamudin bin Umar

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti konsep i،ja:z al-Qur’a:n dan secara khususnya i،ja:z baya:niyy, menghurai perhubungan yang terjalin antara struktur ayat bahasa Arab dan disiplin ilmu i’ja:z al-Qur’a:n dan menganalisis surah Maryam. Kajian dijalankan menggunakan metodologi kualitatif beras...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Umar, Norazamudin
Format: Thesis
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5664/1/Awalan.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5664/2/Bab1.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5664/3/Bab2.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5664/4/Bab3.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5664/5/Bab4.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5664/6/Bab5.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5664/7/Bab6.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5664/8/Bab7.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5664/9/Bibliografi.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5664/10/Indeks_struktur_ayat.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5664/11/Padanan_istilah.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5664/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti konsep i،ja:z al-Qur’a:n dan secara khususnya i،ja:z baya:niyy, menghurai perhubungan yang terjalin antara struktur ayat bahasa Arab dan disiplin ilmu i’ja:z al-Qur’a:n dan menganalisis surah Maryam. Kajian dijalankan menggunakan metodologi kualitatif berasaskan teori-teori i،ja:z al-Qur’a:n, ilmu ma،a:ni:, konstruksi (nazm al-Qur’a:n) dan analisis wacana. Kajian berhubung teori i،ja:z al-Qur’a:n mandapati i،ja:z berlaku dalam pelbagai dimensi iaitu balaghah (baya:niyy), perkara-perkara ghaib, pensyariatan, ilmiah, penggunaan angka (،adadiyy) dan psikologi. Kajian juga meneliti beberapa bentuk elemen i،ja:z baya:niyy iaitu penggunaan kata tugas, pemilihan perkataan, fa:silat dan balaghah kepelbagaian Qira’at. Kajian struktur ayat mendapati perubahan-perubahan dalam struktur ayat berupa ta،ri:f dan tanki:r; i:ja:z dan itna:b; dan penegasan berfungsi dari aspek balaghahnya dan menjadi dalil i،ja:z. Fungsi balaghah tersebut ialah memuliakan, mengagungkan, memuji, menghina, membawa maksud yang umum, mengelakkan daripada mengaibkan seseorang, menggambarkan psikologi penutur, menyatakan kebanggaan, menarik perhatian, menjelaskan sebab, menyindir kebodohan, memberi berita gembira atau mengancam, menegaskan, berdoa, meminta belas kasihan dan menyelamatkan seseorang. Analisis struktur ayat dalam surah Maryam pula mendapati al-Qur’an sangat tepat dalam penggunaan ta،ri:f dan tanki:r, penegasan serta i:ja:z dan itna:b. Antara i،ja:z dalam gaya bahasa tersebut ialah penggunaan alif-la:m pada satu perkataan yang membawa pelbagai maksud, penggunaan ida:fat yang tertentu yang membezakan antara dua kumpulan manusia atau memuliakan seseorang. Penggunaan gaya bahasa penegasan dalam surah Maryam juga bertepatan dengan mesej yang ingin disampaikan. Kajian turut mendapati terdapat pelbagai bentuk i:ja:z dan itna:b yang digunakan dalam surah Maryam, bertepatan dengan mesej yang ingin disampaikan dalam surah tersebut.