Pembinaan dan penilaian modul pengajaran pola ayat Bahasa Arab / Gazilah Binti Mohd.Isa
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis masalah pelajar dalam membina ayat bahasa Arab dari aspek sintaksis, leksikal dan morfologi, membangunkan modul pengajaran pola ayat bahasa Arab dan menilai keberkesanan modul pengajaran tersebut. Model Rekabentuk Pengajaran Dick & Carey (2005) telah dijad...
Saved in:
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk menganalisis masalah pelajar dalam membina ayat bahasa Arab dari aspek sintaksis, leksikal dan morfologi, membangunkan modul pengajaran pola ayat bahasa Arab dan menilai keberkesanan modul pengajaran tersebut. Model Rekabentuk Pengajaran Dick & Carey (2005) telah dijadikan asas dalam membangunkan modul pengajaran dan Model Analisis Keperluan Brindley (1989) telah diaplikasi dalam menganalisis keperluan pelajar. Di samping itu, teori pembelajaran Bandura (1986) telah digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran modul dan Taksonomi Gronlund (1982) dijadikan kerangka asas dalam menilai keberkesanan modul.
Kajian ini dibahagikan kepada dua fasa. Pertama, rekabentuk kajian deskriptif iaitu menganalisis masalah tatabahasa pelajar dan kedua, rekabentuk kajian kuasi-eksperimen iaitu membangun dan menilai keberkesanan modul pengajaran pola ayat bahasa Arab. Seramai 178 sampel terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian ini adalah soal selidik analisis keperluan, ujian diagnostik, ujian pra, dan ujian pos.
Dapatan kajian menunjukkan aspek sintaksis merupakan aspek yang paling sukar dikuasai oleh pelajar dalam membina ayat-ayat yang gramatis dengan lebih 80% pelajar berada di tahap yang lemah dan sederhana. Dalam aspek leksikal pula, lebih 70% pelajar berada di tahap yang sederhana dan lemah. Manakala dalam aspek morfologi, lebih 50% pelajar berada di tahap sederhana dan lemah. Dalam menilai keberkesaan modul pengajaran pola ayat bahasa Arab
iii
yang dibangunkan pengkaji, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan min
yang signifikan skor ujian pra dan ujian pos di antara kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan. Kajian mendapati pelajar yang menjalani rawatan
menggunakan modul pengajaran pola ayat bahasa Arab mendapat pencapaian
yang lebih tinggi daripada pelajar kumpulan kawalan yang menggunakan
pendekatan pengajaran tradisional. Ini menunjukkan bahawa pendekatan
pengajaran pola ayat bahasa Arab menggunakan modul lebih berkesan untuk
meningkatkan kemahiran pelajar membina ayat bahasa Arab. Kajian juga
mendapati terdapat perbezaan min yang signifikan keberkesanan penggunaan
modul pengajaran pola ayat bahasa di antara pelajar SMKA dan KAA. Walaupun
pencapaian pelajar kumpulan rawatan SMKA dan KAA meningkat dalam
membina ayat bahasa Arab, namun pencapaian pelajar kumpulan rawatan di
sekolah KAA lebih tinggi dan signifikan berbanding dengan pencapaian pelajar
di SMKA.
Berdasarkan dapatan kajian ini, satu Model Modul Pengajaran Pola Ayat
Bahasa Arab telah dicadangkan. Diharap modul pengajaran pola ayat bahasa
yang dibangunkan ini akan menyumbang kepada penemuan pedagogi baru dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia |
---|