Pembangunan persekitaran pembelajaran e-kolaboratif untuk pelajar separuh masa / Mohd Shahril Nizam Bin Shaharom

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah persekitaran e-pembelajaran yang menyediakan ruang interaksi dan menjana pola pembelajaran dalam persekitaran reka bentuk e-kolaboratif. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah reka bentuk Kajian Pembangunan Jenis 1 (Developmental Research-DR1) di ma...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Shahril Nizam, Shaharom
Format: Thesis
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5614/1/000a%2DMukadepanTesis.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5614/2/001aa%2DHalaman_Judul_untuk_Kertas_Projek.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5614/3/003%2DKeseluruhan_Depan%2BBab%2Dbab%2BBelakang.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5614/4/CV_Nizam_MS_(20131201).pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5614/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.um.stud.5614
record_format eprints
institution Universiti Malaya
building UM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Malaya
content_source UM Student Repository
url_provider http://studentsrepo.um.edu.my/
topic L Education (General)
spellingShingle L Education (General)
Mohd Shahril Nizam, Shaharom
Pembangunan persekitaran pembelajaran e-kolaboratif untuk pelajar separuh masa / Mohd Shahril Nizam Bin Shaharom
description Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah persekitaran e-pembelajaran yang menyediakan ruang interaksi dan menjana pola pembelajaran dalam persekitaran reka bentuk e-kolaboratif. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah reka bentuk Kajian Pembangunan Jenis 1 (Developmental Research-DR1) di mana ia melibatkan pengkaedahan kajian lapangan (field research) menerusi penelitian mendalam terhadap interaksi pembelajaran menerusi kehadiran dan penyertaan pelajar dalam persekitaran epembelajaran yang diberi nama diskusiMAYA. Ia telah direka bentuk khusus sebagai medium e-kolaboratif rasmi ke atas 84 orang pelajar selama 2 semester berturut-turut. Medium forum yang dibina telah memperlihatkan hasil penyertaan pembelajaran secara kolaboratif kepada, (a) proses kolaboratif; dan (b) tahap kolaboratif. Segala hasil penjanaan jumlah jam belajar pelajar menerusi forum pembelajaran formal dan forum pembelajaran tidak formal digunakan untuk melihat pola interaksi pembelajaran pelajar. Setiap interaksi yang dihasilkan dalam proses pembelajaran melalui persekitaran ekolaboratif ini telah direkod dan dikategorikan dengan lebih terperinci. Dapatan data diperolehi daripada data-data bersifat kualitatif menerusi penyertaan pembelajaran, temu bual, dan log interaksi, serta disokong oleh data-data kuantitatif menerusi gred pelajar, hasil jam belajar pelajar, dan soal selidik. Melalui reka bentuk ini, kaedah memperolehi data juga dapat divariasikan di samping lebih terperinci untuk dianalisis. Hasil daripada interaksi pembelajaran yang berlaku dalam persekitaran e-kolaboratif telah direkodkan ke dalam sebuah laporan log interaksi yang telah dikategori untuk memudahkan proses analisis data. Proses analisis data menggunakan ujian statistik iaitu analisis perkaitan, analisis regresi pelbagai dan analisis crosstab digunakan sebagai sokongan terhadap dapatan kualitatif melalui analisis kandungan dalam lapangan persekitaran e-kolaboratif. Bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik yang telah dibina, satu kajian rintis dijalankan terhadap 78 orang pelajar dengan nilai pekali alpha Cronbach adalah .825 sebelum semester kajian dijalankan. Soal selidik tersebut mengukur 3 konstruk utama, (a) penggunaan diskusiMAYA; (b) reka bentuk interaksi; dan (c) orientasi pembelajaran. Dapatan utama kajian ini telah mendapati bahawa wujudnya 4 jenis kumpulan pelajar menerusi interaksi pembelajaran yang berlaku dalam persekitaran e-kolaboratif iaitu ‘kumpulan pelajar yang tidak menyertai’, ‘kumpulan pelajar yang memerhati’, ‘kumpulan pelajar sosial’ dan ‘kumpulan pelajar aktif’ dalam proses pembelajaran mereka. Menerusi kewujudan kumpulan pelajar tersebut, terdapat satu corak interaksi dapat diperhatikan, iaitu transformasi interaksi daripada kumpulan pelajar yang memerhati kepada kumpulan pelajar sosial dan seterusnya menjadi sebahagian daripada kumpulan pelajar aktif dalam proses pembelajaran menerusi persekitaran e-kolaboratif yang dibentuk. Di samping itu maklumat terbaru bagi reka bentuk e-pembelajaran menerusi platform diskusiMAYA yang diperolehi daripada (a) hasil penyertaan dan penggunaan dalam platform diskusiMAYA, (b) jenis-jenis interaksi yang dihasilkan, (c) jenis-jenis pengguna ekolaboratif, (d) pola pembelajaran yang berlaku, dan (e) keperluan peruntukan masa yang digunakan dalam aktiviti e-kolaboratif juga turut dilaporkan.
format Thesis
author Mohd Shahril Nizam, Shaharom
author_facet Mohd Shahril Nizam, Shaharom
author_sort Mohd Shahril Nizam, Shaharom
title Pembangunan persekitaran pembelajaran e-kolaboratif untuk pelajar separuh masa / Mohd Shahril Nizam Bin Shaharom
title_short Pembangunan persekitaran pembelajaran e-kolaboratif untuk pelajar separuh masa / Mohd Shahril Nizam Bin Shaharom
title_full Pembangunan persekitaran pembelajaran e-kolaboratif untuk pelajar separuh masa / Mohd Shahril Nizam Bin Shaharom
title_fullStr Pembangunan persekitaran pembelajaran e-kolaboratif untuk pelajar separuh masa / Mohd Shahril Nizam Bin Shaharom
title_full_unstemmed Pembangunan persekitaran pembelajaran e-kolaboratif untuk pelajar separuh masa / Mohd Shahril Nizam Bin Shaharom
title_sort pembangunan persekitaran pembelajaran e-kolaboratif untuk pelajar separuh masa / mohd shahril nizam bin shaharom
publishDate 2013
url http://studentsrepo.um.edu.my/5614/1/000a%2DMukadepanTesis.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5614/2/001aa%2DHalaman_Judul_untuk_Kertas_Projek.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5614/3/003%2DKeseluruhan_Depan%2BBab%2Dbab%2BBelakang.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5614/4/CV_Nizam_MS_(20131201).pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5614/
_version_ 1738505812231323648
spelling my.um.stud.56142015-06-23T07:43:52Z Pembangunan persekitaran pembelajaran e-kolaboratif untuk pelajar separuh masa / Mohd Shahril Nizam Bin Shaharom Mohd Shahril Nizam, Shaharom L Education (General) Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah persekitaran e-pembelajaran yang menyediakan ruang interaksi dan menjana pola pembelajaran dalam persekitaran reka bentuk e-kolaboratif. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah reka bentuk Kajian Pembangunan Jenis 1 (Developmental Research-DR1) di mana ia melibatkan pengkaedahan kajian lapangan (field research) menerusi penelitian mendalam terhadap interaksi pembelajaran menerusi kehadiran dan penyertaan pelajar dalam persekitaran epembelajaran yang diberi nama diskusiMAYA. Ia telah direka bentuk khusus sebagai medium e-kolaboratif rasmi ke atas 84 orang pelajar selama 2 semester berturut-turut. Medium forum yang dibina telah memperlihatkan hasil penyertaan pembelajaran secara kolaboratif kepada, (a) proses kolaboratif; dan (b) tahap kolaboratif. Segala hasil penjanaan jumlah jam belajar pelajar menerusi forum pembelajaran formal dan forum pembelajaran tidak formal digunakan untuk melihat pola interaksi pembelajaran pelajar. Setiap interaksi yang dihasilkan dalam proses pembelajaran melalui persekitaran ekolaboratif ini telah direkod dan dikategorikan dengan lebih terperinci. Dapatan data diperolehi daripada data-data bersifat kualitatif menerusi penyertaan pembelajaran, temu bual, dan log interaksi, serta disokong oleh data-data kuantitatif menerusi gred pelajar, hasil jam belajar pelajar, dan soal selidik. Melalui reka bentuk ini, kaedah memperolehi data juga dapat divariasikan di samping lebih terperinci untuk dianalisis. Hasil daripada interaksi pembelajaran yang berlaku dalam persekitaran e-kolaboratif telah direkodkan ke dalam sebuah laporan log interaksi yang telah dikategori untuk memudahkan proses analisis data. Proses analisis data menggunakan ujian statistik iaitu analisis perkaitan, analisis regresi pelbagai dan analisis crosstab digunakan sebagai sokongan terhadap dapatan kualitatif melalui analisis kandungan dalam lapangan persekitaran e-kolaboratif. Bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik yang telah dibina, satu kajian rintis dijalankan terhadap 78 orang pelajar dengan nilai pekali alpha Cronbach adalah .825 sebelum semester kajian dijalankan. Soal selidik tersebut mengukur 3 konstruk utama, (a) penggunaan diskusiMAYA; (b) reka bentuk interaksi; dan (c) orientasi pembelajaran. Dapatan utama kajian ini telah mendapati bahawa wujudnya 4 jenis kumpulan pelajar menerusi interaksi pembelajaran yang berlaku dalam persekitaran e-kolaboratif iaitu ‘kumpulan pelajar yang tidak menyertai’, ‘kumpulan pelajar yang memerhati’, ‘kumpulan pelajar sosial’ dan ‘kumpulan pelajar aktif’ dalam proses pembelajaran mereka. Menerusi kewujudan kumpulan pelajar tersebut, terdapat satu corak interaksi dapat diperhatikan, iaitu transformasi interaksi daripada kumpulan pelajar yang memerhati kepada kumpulan pelajar sosial dan seterusnya menjadi sebahagian daripada kumpulan pelajar aktif dalam proses pembelajaran menerusi persekitaran e-kolaboratif yang dibentuk. Di samping itu maklumat terbaru bagi reka bentuk e-pembelajaran menerusi platform diskusiMAYA yang diperolehi daripada (a) hasil penyertaan dan penggunaan dalam platform diskusiMAYA, (b) jenis-jenis interaksi yang dihasilkan, (c) jenis-jenis pengguna ekolaboratif, (d) pola pembelajaran yang berlaku, dan (e) keperluan peruntukan masa yang digunakan dalam aktiviti e-kolaboratif juga turut dilaporkan. 2013 Thesis NonPeerReviewed application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5614/1/000a%2DMukadepanTesis.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5614/2/001aa%2DHalaman_Judul_untuk_Kertas_Projek.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5614/3/003%2DKeseluruhan_Depan%2BBab%2Dbab%2BBelakang.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5614/4/CV_Nizam_MS_(20131201).pdf Mohd Shahril Nizam, Shaharom (2013) Pembangunan persekitaran pembelajaran e-kolaboratif untuk pelajar separuh masa / Mohd Shahril Nizam Bin Shaharom. PhD thesis, University of Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/5614/
score 13.18916