Pembangunan modul pengajaran Bahasa Melayu secara bersepadu / Zulkifli Bin Osman

Kurikulum pendidikan Bahasa Melayu peringkat sekolah menengah menuntut agar pengajaran Bahasa Melayu (BM) dilaksanakan secara bersepadu, sejajar dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun, kajian mendapati bahawa proses pengajaran BM masih bersifat tradisional, dikotomi, dan memberi penek...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zulkifli, Osman
Format: Thesis
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5609/1/BAB_1_Jun_2013_8_julai.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5609/2/BAB_2_Jun_2013.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5609/3/BAB_3_jun_2013.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5609/4/Bab_4_soalan_kajian_1_amalan_pengajaran_a.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5609/5/bab_4_soalan_kajian_2_masalah_dan_cadangan_a.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5609/6/bab_4_soalan_kajian_3_penilaian_pakar_a.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5609/7/Bab_4_soalan_kajian_4_penilaian_pengguna_a.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5609/8/bab_4_soalan_kajian_5_kajian_rintis_a.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5609/9/Bab_4_soalan_kajian_6_kajian_lapangan_a.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5609/10/Bab_5.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5609/11/bahagian_depan_gabung_2003.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5609/12/RUJUKAN_JUN_2013.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5609/13/muka_depan_cd.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5609/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.um.stud.5609
record_format eprints
institution Universiti Malaya
building UM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Malaya
content_source UM Student Repository
url_provider http://studentsrepo.um.edu.my/
topic L Education (General)
spellingShingle L Education (General)
Zulkifli, Osman
Pembangunan modul pengajaran Bahasa Melayu secara bersepadu / Zulkifli Bin Osman
description Kurikulum pendidikan Bahasa Melayu peringkat sekolah menengah menuntut agar pengajaran Bahasa Melayu (BM) dilaksanakan secara bersepadu, sejajar dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun, kajian mendapati bahawa proses pengajaran BM masih bersifat tradisional, dikotomi, dan memberi penekanan yang tidak seimbang terhadap aspek pengetahuan dan kemahiran bahasa. Tujuan utama kajian ini ialah mereka bentuk, membina dan menilai modul pengajaran BM secara bersepadu. Modul ini dibangun berlandaskan lapan strategi utama. Kajian Reka bentuk dan Pembangunan Jenis 1 ini melibatkan tiga fasa, iaitu fasa analisis keperluan, reka bentuk dan pembinaan, dan pelaksanaan dan penilaian yang diadaptasi daripada Model Reka bentuk dan Pembangunan Richey dan Klein (2007). Model Pengajaran Berkesan Morrison et al (2007) digunakan sebagai panduan membangunkan modul, manakala model penilaian formatif Tessmer (1993) digunakan sebagai panduan menilai modul. Dalam fasa analisis keperluan, teknik kualitatif seperti pemerhatian, temu bual separa struktur dan bukti dokumen digunakan bagi mendapatkan data tentang (1) amalan pengajaran guru BM di bilik darjah, masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi guru dan pelajar, dan (3) cadangan mereka bagi meningkatkan strategi pengajaran dan pembelajaran. Data ini digunakan sebagai panduan untuk membangunkan modul. Enam guru Bahasa Melayu Tingkatan Empat, Guru Panitia Bahasa Melayu, Guru Kanan Bahasa Melayu, dan enam kumpulan fokus pelajar terlibat sebagai peserta kajian. Di samping itu, fasa reka bentuk dan pembinaan pula dijalankan bagi mendapatkan data tentang kesahan kandungan dan kebolehlaksanaan modul. Bagi mendapatkan data, ulasan dan komen pakar, guru dan pelajar digunakan. Enam pakar, sembilan kumpulan pelajar, dan dua guru terlibat dalam menilai kekuatan dan kelemahan modul ini. Fasa pelaksanaan dan penilaian dijalankan bagi mendapatkan data tentang kekuatan dan kelemahan modul dari aspek kebolehgunaan dan kemampuan modul meningkatkan kemahiran berbahasa. Fasa ini dijalankan dalam dua fasa, iaitu penilaian kumpulan kecil (kajian rintis), dan kajian lapangan. Data diperoleh melalui pemerhatian, temu bual separa struktur, ulasan, dan komen secara langsung daripada peserta kajian. Tiga Guru BM Tingkatan 4 dan tiga kelas Tingkatan Empat terlibat dalam fasa kajian ini. Dapatan kajian fasa analisis keperluan menunjukkan bahawa amalan pengajaran BM di bilik darjah Tingkatan Empat masih bersifat tradisional dan penggunaan BBM amat terhad. Pelajar mencadangkan agar guru mempelbagaikan kaedah dan bahan pengajaran. Di samping itu, dapatan kajian fasa pembinaan mendapati bahawa modul ini boleh dilaksanakan, khususnya dari aspek kandungan, pedagogi dan reka bentuk, dengan syarat beberapa pindaan dilakukan. Dapatan fasa ini juga menunjukkan bahawa modul ini mempunyai kekuatan dari aspek kebolehlaksanaan serta mampu menarik minat pelajar. Dapatan kajian rintis menunjukkan bahawa modul ini boleh dilaksanakan dan dapat menarik minat pelajar serta mampu meningkatkan penguasaan berbahasa pelajar secara holistik. Dapatan kajian lapangan juga mendapati semua modul boleh dilaksanakan dalam waktu dan sesi pengajaran sebenar, dapat meningkatkan kemahiran berbahasa serta berupaya menarik minat pelajar berbanding dengan pendekatan yang digunakan oleh guru sebelum ini. Implikasi kajian menunjukkan bahawa modul yang didasarkan kepada pendekatan bersepadu boleh dilaksanakan dan menarik minat pelajar. Implikasi kajian juga mendapati Model Pengajaran Berkesan Morisson et al (2007) boleh diaplikasikan.
format Thesis
author Zulkifli, Osman
author_facet Zulkifli, Osman
author_sort Zulkifli, Osman
title Pembangunan modul pengajaran Bahasa Melayu secara bersepadu / Zulkifli Bin Osman
title_short Pembangunan modul pengajaran Bahasa Melayu secara bersepadu / Zulkifli Bin Osman
title_full Pembangunan modul pengajaran Bahasa Melayu secara bersepadu / Zulkifli Bin Osman
title_fullStr Pembangunan modul pengajaran Bahasa Melayu secara bersepadu / Zulkifli Bin Osman
title_full_unstemmed Pembangunan modul pengajaran Bahasa Melayu secara bersepadu / Zulkifli Bin Osman
title_sort pembangunan modul pengajaran bahasa melayu secara bersepadu / zulkifli bin osman
publishDate 2013
url http://studentsrepo.um.edu.my/5609/1/BAB_1_Jun_2013_8_julai.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5609/2/BAB_2_Jun_2013.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5609/3/BAB_3_jun_2013.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5609/4/Bab_4_soalan_kajian_1_amalan_pengajaran_a.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5609/5/bab_4_soalan_kajian_2_masalah_dan_cadangan_a.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5609/6/bab_4_soalan_kajian_3_penilaian_pakar_a.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5609/7/Bab_4_soalan_kajian_4_penilaian_pengguna_a.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5609/8/bab_4_soalan_kajian_5_kajian_rintis_a.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5609/9/Bab_4_soalan_kajian_6_kajian_lapangan_a.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5609/10/Bab_5.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5609/11/bahagian_depan_gabung_2003.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5609/12/RUJUKAN_JUN_2013.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5609/13/muka_depan_cd.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5609/
_version_ 1738505811610566656
spelling my.um.stud.56092015-06-23T06:53:41Z Pembangunan modul pengajaran Bahasa Melayu secara bersepadu / Zulkifli Bin Osman Zulkifli, Osman L Education (General) Kurikulum pendidikan Bahasa Melayu peringkat sekolah menengah menuntut agar pengajaran Bahasa Melayu (BM) dilaksanakan secara bersepadu, sejajar dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun, kajian mendapati bahawa proses pengajaran BM masih bersifat tradisional, dikotomi, dan memberi penekanan yang tidak seimbang terhadap aspek pengetahuan dan kemahiran bahasa. Tujuan utama kajian ini ialah mereka bentuk, membina dan menilai modul pengajaran BM secara bersepadu. Modul ini dibangun berlandaskan lapan strategi utama. Kajian Reka bentuk dan Pembangunan Jenis 1 ini melibatkan tiga fasa, iaitu fasa analisis keperluan, reka bentuk dan pembinaan, dan pelaksanaan dan penilaian yang diadaptasi daripada Model Reka bentuk dan Pembangunan Richey dan Klein (2007). Model Pengajaran Berkesan Morrison et al (2007) digunakan sebagai panduan membangunkan modul, manakala model penilaian formatif Tessmer (1993) digunakan sebagai panduan menilai modul. Dalam fasa analisis keperluan, teknik kualitatif seperti pemerhatian, temu bual separa struktur dan bukti dokumen digunakan bagi mendapatkan data tentang (1) amalan pengajaran guru BM di bilik darjah, masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi guru dan pelajar, dan (3) cadangan mereka bagi meningkatkan strategi pengajaran dan pembelajaran. Data ini digunakan sebagai panduan untuk membangunkan modul. Enam guru Bahasa Melayu Tingkatan Empat, Guru Panitia Bahasa Melayu, Guru Kanan Bahasa Melayu, dan enam kumpulan fokus pelajar terlibat sebagai peserta kajian. Di samping itu, fasa reka bentuk dan pembinaan pula dijalankan bagi mendapatkan data tentang kesahan kandungan dan kebolehlaksanaan modul. Bagi mendapatkan data, ulasan dan komen pakar, guru dan pelajar digunakan. Enam pakar, sembilan kumpulan pelajar, dan dua guru terlibat dalam menilai kekuatan dan kelemahan modul ini. Fasa pelaksanaan dan penilaian dijalankan bagi mendapatkan data tentang kekuatan dan kelemahan modul dari aspek kebolehgunaan dan kemampuan modul meningkatkan kemahiran berbahasa. Fasa ini dijalankan dalam dua fasa, iaitu penilaian kumpulan kecil (kajian rintis), dan kajian lapangan. Data diperoleh melalui pemerhatian, temu bual separa struktur, ulasan, dan komen secara langsung daripada peserta kajian. Tiga Guru BM Tingkatan 4 dan tiga kelas Tingkatan Empat terlibat dalam fasa kajian ini. Dapatan kajian fasa analisis keperluan menunjukkan bahawa amalan pengajaran BM di bilik darjah Tingkatan Empat masih bersifat tradisional dan penggunaan BBM amat terhad. Pelajar mencadangkan agar guru mempelbagaikan kaedah dan bahan pengajaran. Di samping itu, dapatan kajian fasa pembinaan mendapati bahawa modul ini boleh dilaksanakan, khususnya dari aspek kandungan, pedagogi dan reka bentuk, dengan syarat beberapa pindaan dilakukan. Dapatan fasa ini juga menunjukkan bahawa modul ini mempunyai kekuatan dari aspek kebolehlaksanaan serta mampu menarik minat pelajar. Dapatan kajian rintis menunjukkan bahawa modul ini boleh dilaksanakan dan dapat menarik minat pelajar serta mampu meningkatkan penguasaan berbahasa pelajar secara holistik. Dapatan kajian lapangan juga mendapati semua modul boleh dilaksanakan dalam waktu dan sesi pengajaran sebenar, dapat meningkatkan kemahiran berbahasa serta berupaya menarik minat pelajar berbanding dengan pendekatan yang digunakan oleh guru sebelum ini. Implikasi kajian menunjukkan bahawa modul yang didasarkan kepada pendekatan bersepadu boleh dilaksanakan dan menarik minat pelajar. Implikasi kajian juga mendapati Model Pengajaran Berkesan Morisson et al (2007) boleh diaplikasikan. 2013 Thesis NonPeerReviewed application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5609/1/BAB_1_Jun_2013_8_julai.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5609/2/BAB_2_Jun_2013.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5609/3/BAB_3_jun_2013.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5609/4/Bab_4_soalan_kajian_1_amalan_pengajaran_a.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5609/5/bab_4_soalan_kajian_2_masalah_dan_cadangan_a.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5609/6/bab_4_soalan_kajian_3_penilaian_pakar_a.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5609/7/Bab_4_soalan_kajian_4_penilaian_pengguna_a.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5609/8/bab_4_soalan_kajian_5_kajian_rintis_a.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5609/9/Bab_4_soalan_kajian_6_kajian_lapangan_a.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5609/10/Bab_5.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5609/11/bahagian_depan_gabung_2003.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5609/12/RUJUKAN_JUN_2013.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5609/13/muka_depan_cd.pdf Zulkifli, Osman (2013) Pembangunan modul pengajaran Bahasa Melayu secara bersepadu / Zulkifli Bin Osman. PhD thesis, University of Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/5609/
score 13.160551