Pengurusan dakwah di negeri maju : Kajian tentang cabaran dan masalahnya di Melaka / Mohamad Nazli bin Omar
Negeri Melaka telah diiktiraf sebagai sebuah negeri maju pada tahun 2010 oleh Organization Of Economic Co-Operation Development setelah memenuhi beberapa indikator yang telah ditetapkan. Di antara indikator yang telah ditetapkan merangkumi kriteria ekonomi, politik dan sosial dengan pembahagian-p...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/5589/1/Mohamad_Nazli_Bin_Omar.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5589/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Negeri Melaka telah diiktiraf sebagai sebuah negeri maju pada tahun 2010 oleh
Organization Of Economic Co-Operation Development setelah memenuhi beberapa
indikator yang telah ditetapkan. Di antara indikator yang telah ditetapkan merangkumi
kriteria ekonomi, politik dan sosial dengan pembahagian-pembahagian yang tertentu.
Namun, dengan kemajuan yang dikecapi ini, ia telah memberi pelbagai impak kepada
rakyat di negeri ini menerusi kemajuan yang dicapai ini. Seterusnya, ia juga telah memberi
kesan kepada pengembangan dakwah di negeri ini memandangkan negeri Melaka ini suatu
ketika dahulu merupakan salah sebuah negeri yang terawal menerima kedatangan Islam
malahan dapatan sejarah juga menjelaskan bahawa Melaka adalah sebuah pusat penyebaran
Islam di Malaysia. Sehubungan dengan itu, kajian ini telah mensasarkan tiga objektif utama
berhubung latarbelakang kajian ini yang tertumpu kepada pengurusan dakwah di dalam
negeri maju. Kajian ini mensasarkan objektif bagi mengetahui tentang realiti Melaka
sebagai sebuah negeri maju. Selain daripada itu, kajian ini juga akan mengenalpasti tentang
cabaran dan masalah pengurusan dakwah dalam sebuah negeri maju dengan memfokuskan
kepada negeri Melaka yang telah diiktiraf sebagai sebuah negeri maju pada tahun 2010.
Lanjutan daripada perkara tersebut, pengkaji telah membincangkan tentang teras kajian ini
merangkumi definisi dan konsep asas pengurusan dakwah. Seterusnya, pengkaji
membincangkan juga tentang pengurusan dakwah dalam konteks negeri maju. Bagi
memperkemaskan kajian ini, pengkaji menggunakan metodologi kajian menerusi
penyelidikan deskriptif dengan menggunakan kaedah kuantitatif yang berbentuk kajian
lapangan. Maksudnya bahawa pengkaji akan melakukan soalselidik di kalangan responden
yang terpilih menerusi beberapa institusi dakwah yang berautoriti dalam pengembangan
dakwah di negeri Melaka. Hanya lapan buah institusi dakwah yang terpilih di negeri ini
bagi pengkaji melakukan kajian ini. Data yang telah dikumpul menerusi pengedaran borang
soalselidik dianalisis dengan menggunakan Skala Likert bagi mengukur cabaran dan
masalah yang dihadapi oleh sesebuah institusi dakwah di Melaka. Pengkaji menggunakan
perisian SPSS Version 16 bagi menganalisa hasil dapatan kajian ini. Seramai 106 orang
responden telah dikaji berhubung kajian ini merangkumi tiga peringkat pengurusan iaitu
pengurusan atasan, pertengahan dan bawahan. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan
bahawa secara realitinya, negeri Melaka ini adalah sebuah negeri maju berdasarkan min
3.72 dengan sisihan piawainya 0.7812 dan ia berada dalam jujukan setuju. Manakala dari
segi cabaran pula, hasil dapatan kajian menunjukkan adanya cabaran dalam pengurusan
dakwah menerusi min 4.09 dengan sisihan piawainya 0.5636. Seterusnya, untuk masalah
pengurusan dakwah min yang dicatatkan ialah 3.70 dengan sisihan piawainya 0.522
menunjukkan bahawa responden tidak pasti tentang masalah pengurusan dakwah, namun
min yang diperolehi ini menunjukkan kecenderungan kepada setuju. Hasil kajian jelas
memperakukan bahawa negeri Melaka adalah sebuah negeri maju dari segi realitinya.
Rentetan daripada kemajuan yang dicapai ini, ia telah memberikan kesan dari sudut dakwah
menerusi cabaran dan masalahnya terhadap institusi-institusi dakwah di negeri ini. |
---|