Kesan Intervensi Psiko-Pendidikan Terhadap Tingkah Laku Murid Sekolah Menengah oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling / Aslina binti Ahmad

Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan Intervensi Psikopendidikan ke atas tingkah laku subjek murid Tingkatan 4 (N=86) yang dirujuk kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling di tiga buah sekolah menengah di Selangor kerana terlibat dengan masalah disiplin. Tujuan kajian ini adalah untuk membandingkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad, Aslina
Format: Thesis
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5535/1/ASLINA_PHA060049.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5535/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan Intervensi Psikopendidikan ke atas tingkah laku subjek murid Tingkatan 4 (N=86) yang dirujuk kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling di tiga buah sekolah menengah di Selangor kerana terlibat dengan masalah disiplin. Tujuan kajian ini adalah untuk membandingkan kesan intervensi antara Kumpulan Kawalan dengan Kumpulan Rawatan Intervensi Psikopendidikan, mengukur perbezaan kesan intervensi antara Kumpulan Rawatan Intervensi Psikopendidikan yang diberikan secara individu dengan Kumpulan Rawatan Intervensi Psikopendidikan yang diberikan secara kelompok, dan melihat kesan faktor jantina ke atas tingkah laku subjek murid yang dirujuk. Selain itu, kajian ini juga dibuat untuk mendapatkan pandangan subjek terhadap Intervensi Psikopendidikan yang diberikan, dan memerihalkan profil subjek. Dengan menggunakan reka bentuk kajian eksperimen kuasi praujian-pascaujian dengan kumpulan kawalan, subjek diagihkan kepada tiga kumpulan, iaitu Kumpulan Kawalan, Kumpulan Intervensi Psikopendidikan Individu, dan Kumpulan Intervensi Psikopendidikan Kelompok secara padanan. Kesan rawatan dilihat dengan mengukur skor min tingkah laku berdasarkan Instrumen Skala Ohio dan rekod disiplin sekolah. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan ujian ANCOVA, Ujian Kruskal Wallis H, dan ujian Mann Whitney U. Hasil kajian mendapati bahawa Intervensi Psikopendidikan telah dapat mengurangkan tingkah laku bermasalah dan kekerapan subjek Kumpulan Rawatan daripada terlibat dalam masalah disiplin, tidak terdapat perbezaan kesan untuk kedua-dua kaedah rawatan yang digunakan iaitu Intervensi Psikopendidikan yang diberikan secara individu dan juga secara kelompok, dan Intervensi Psikopendidikan adalah lebih sesuai diberikan kepada subjek perempuan secara kelompok mahupun secara individu manakala Intervensi Psikopendidikan Kelompok didapati lebih sesuai untuk digunakan bagi subjek lelaki. Seterusnya, didapati bahawa majoriti subjek berpuas hati dengan intervensi yang diberikan, dan majoriti subjek merupakan murid berpencapaian akademik sederhana dan tidak aktif dalam aktiviti sekolah.