Shiism and martyrdom : a study of Istishhadi phenomenon in Iran during the Iran-Iraq War, 1980-1988 / Mehdi Soltanzadeh

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan menganalisis kejadian perang Iran-Iraq dalam tempoh lapan tahun yang mana ramai sarjana menyatakan ia sebagai perang Negara Dunia ke Tiga terbesar dan konflik antara negara yang paling lama pada abad ke-20. Pada peringkat pertama perang pada bulan September ta...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Soltanzadeh, Mehdi
Format: Thesis
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5527/1/Mehdi_Soltanzadeh_thesis_2013.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5527/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan menganalisis kejadian perang Iran-Iraq dalam tempoh lapan tahun yang mana ramai sarjana menyatakan ia sebagai perang Negara Dunia ke Tiga terbesar dan konflik antara negara yang paling lama pada abad ke-20. Pada peringkat pertama perang pada bulan September tahun 1980, tentera Iraq yang dilengkapi dengan peralatan yang sangat lengkap seperti perisai, meriam dan lain-lain peralatan telah berjaya dengan baik pada peringkat tersebut. Mereka telah menghalau tentera Iran pulang dan berjaya menakluki wilayah yang besar, termasuk beberapa wilayah Khuzestan. Namun kejayaan mereka tidak lama. Iran dengan pantas telah menghalang kemenangan tersebut dengan menambah bilangan sukarelawan tentera yang juga dikenali sebagai “Pasdaran” (tentera untuk revolusi) ke hadapan medan peperangan. Ayatollah Khomeini menggelarkan Pasdaran dan Basjit sebagai “tentera 20 juta” kerana telah mengambil beratus ribu orang dalam kalangan rakyat biasa. Kumpulan ini berpegang kepada ideologi yang mana mereka tidak gentar menghadapi hujan peluru dan sanggup melaksanakan misi bunuh diri dengan berjalan ke medan periuk api. Dalam syiah islam, mati syahid merupakan titik tertinggi untuk manusia. Dalam budaya islam terutamanya dalam budaya syiah Iran mati syahid adalah tindakan yang paling dihargai dan bernilai. Syahid menjamin ketahanan dan kegembiraan masyarakat dan secara tidak langsung dapat meningkatkan keupayaan rohani masyarakat. Dengan tindakan sedemikian, mati syahid mampu menghapuskan kelemahan dan kekejaman dalam masyarakat. Ayatollah Khomeini percaya bahawa islam di Iran berkembang dengan adanya darah perjuang mati syahid. Kajian ini menekankan kepada sosio-sejarah iaitu fenomena (istishhad) dalam masyarakat Iran semasa perang Iran-Iraq dari tahun 1980 hingga 1988. Kajian ini dijalankan dengan mengunakan kaedah kualitatif bagi memahami fenomena istishhadi yang berlaku semasa perang Iran-Iraq. Kaedah kualitatif bersesuain dengan disiplin kajian sejarah. Kajian ini membincangkan revolusi idea sebagai pegangan syia Islam yang telah diajar oleh Ayatollah Khomeini, ahli politik serta golongan elit Islam yang mana telah dipraktikan semula di dalam peperangan. Secara umumnya, Ideolgi politik Ayatollah Khomeini dan Para ulama Iran yang lain mempunyai impak yang besar kepada pembangunan fenomena Istishhadi dalam masyarakat Iran Semasa perang Iran-Iraq. Dari pandangan Ayatollah Khomeini, dengan adanya para ulama Islam dapat melahirkan perjuang mati syahid. Beliau percaya mati syahid ibarat sekuntum bunga yang indah dalam Islam dan merupakan kedudukan yang paling besar bagi pencapaian seseorang manusia.