Analisis Leksikologi Penggunaan Peribahasa Dalam Al-Mu‘jam Al-Wasiṭ / Norasiah binti Yunus

Kajian ini mengemukakan sebuah analisis yang melibatkan bidang leksikologi yang berkaitan dengan penggunaan peribahasa dalam sebuah mu‘jam Arab yang popular digunakan oleh para pencinta bahasa Arab amnya dan para pelajar bahasa Arab di Malaysia khususnya. Analisis yang dilakukan adalah berdasarkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norasiah, Yunus
Format: Thesis
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5486/1/NORASIAH.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5486/2/TESIS_final_print.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5486/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini mengemukakan sebuah analisis yang melibatkan bidang leksikologi yang berkaitan dengan penggunaan peribahasa dalam sebuah mu‘jam Arab yang popular digunakan oleh para pencinta bahasa Arab amnya dan para pelajar bahasa Arab di Malaysia khususnya. Analisis yang dilakukan adalah berdasarkan bab 1 dan bab 2, yang terdapat dalam bahagian pertama al-Mu‘jam al-Wasi:ṭ; karangan Dr. Ibra:him Anis, Dr. ‘Abdul Ḥalim Muntaṣer Aṭiyyah al-Ṣowa:liḥiy dan Muḥammad Kholafullah Aḥmad. Penggunaan peribahasa dalam mu‘jam adalah untuk menerangkan lagi makna sesuatu perkataan dengan lebih jelas dan menarik. Analisis ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana faktor peribahasa memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan maksud sesuatu kata dalam menginterpretasikan makna item leksikal yang terdapat dalam al-Mu‘jam al-Wasi:ṭ. Analisis kualitatif digunakan bagi mengenal pasti item leksikal yang mempunyai peribahasa berdasarkan kajian makna yang dilakukan terhadap peribahasa dari segi mana denotasi dan konotasi serta kajian terhadap penggunaannya mengikut konteks masyarakat dan budaya Arab. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan kepentingan penggunaan peribahasa dalam menerangkan makna item-item leksikal dalam mu‘jam yang dapat mendedahkan kepada kita tentang keindahan kesenian dan budaya sesuatu bangsa khususnya bangsa Arab yang mana ianya akan menarik minat kepada pengguna-pengguna kamus dan juga pencinta bahasa Arab.