Analisis strategi penterjemahan Peribahasa Melayu ke Bahasa Arab / Nurulhanis binti Ibrahim
Kajian ini membincangkan mengenai penterjemahan peribahasa Melayu ke bahasa Arab. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis strategi penterjemahan peribahasa Melayu ke bahasa Arab daripada sebuah Kamus Peribahasa Melayu-Arab- Inggeris yang dijadikan sebagai data kajian. Pemilih...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/5485/1/NURULHANIS_IBRAHIM%2C_TGA100013.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5485/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini membincangkan mengenai penterjemahan peribahasa Melayu ke bahasa Arab.
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis strategi penterjemahan
peribahasa Melayu ke bahasa Arab daripada sebuah Kamus Peribahasa Melayu-Arab-
Inggeris yang dijadikan sebagai data kajian. Pemilihan sampel adalah jenis pensampelan
bertujuan kerana hanya memfokuskan kepada 60 ungkapan peribahasa Melayu berunsur
haiwan sahaja. Reka bentuk kajian ialah kaedah kualitatif dan berfungsi sebagai kajian kes
jenis deskriptif. Proses menganalisis strategi penterjemahan peribahasa adalah berlandaskan
lima jenis Taksonomi Larson (1998). Rentetan daripada analisis strategi penterjemahan,
ketepatan padanan maksud peribahasa Melayu dengan terjemahannya ke bahasa Arab
dinilai. Kemudian, temu bual dilakukan ke atas penutur jati Arab seramai 12 orang dan
dikategorikan sebagai pensampelan kebarangkalian. Tujuannya adalah untuk mengenal
pasti tahap kefahaman responden ke atas terjemahan peribahasa Melayu ke bahasa Arab.
Hasil dapatan kajian mendapati strategi penterjemahan yang kerap digunakan oleh
penterjemah ialah strategi ketiga iaitu menggantikan peribahasa Melayu dengan peribahasa
Arab yang mempunyai maksud yang sama dengan jumlah 47 kali (52.98%) dan juga
terdapat satu strategi baru yang terhasil daripada analisis strategi. Manakala dari segi
ketepatan padanan maksud, terdapat 15 peribahasa Arab (17%) yang tidak menepati
padanan maksud peribahasa Melayu. Hasil temu bual mendapati tahap kefahaman
responden ke atas terjemahan peribahasa Melayu ke bahasa Arab adalah di tahap
sederhana. Selain itu, penggunaan strategi ketiga menunjukkan jumlah tertinggi bagi
jawapan yang betul iaitu 19 (79%). Maka, kajian ini menunjukkan strategi yang berkesan
untuk digunakan dalam menterjemah peribahasa adalah strategi ketiga kerana responden
berjaya memahami peribahasa Melayu yang digantikan dengan peribahasa Arab. |
---|