Analisis al-Nabr dalam Surah 'Abasa / Shahriman bin Said

Kajian ini bertujuan mengaplikasikan kaedah al-Nabr dalam al-Qur‟a:n, khususnya surah „Abasa untuk mengenal pasti cara sebutan dan bacaan yang menepati kaedah fonetik Arab, di samping untuk mengkaji peranan serta perkaitan posisi al-Nabr al-Ra‟i:siyy dalam setiap kalimah dengan tema-tema yang terdap...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Said, Shahriman
Format: Thesis
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5448/1/TESIS_Shahriman_final_2013.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5448/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengaplikasikan kaedah al-Nabr dalam al-Qur‟a:n, khususnya surah „Abasa untuk mengenal pasti cara sebutan dan bacaan yang menepati kaedah fonetik Arab, di samping untuk mengkaji peranan serta perkaitan posisi al-Nabr al-Ra‟i:siyy dalam setiap kalimah dengan tema-tema yang terdapat dalam surah berkenaan. Kajian ini penting bagi memperlihatkan bagaimana kaedah al-Nabr dalam bacaan dan sebutan bahasa Arab boleh diaplikasikan. Kaedah yang diguna pakai dalam kajian ini adalah kaedah perpustakaan. Penyelidik mengumpul data dan menganalisis maklumat melalui rujukan dan penelitian ke atas kajian-kajian yang berkaitan. Maklumat serta teori yang diperolehi, telah digunakan bagi merekabentuk kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa al-Nabr dalam kalimah bahasa Arab khususnya al-Qur‟a:n sekalipun bukan fonem yang membawa kepada perubahan makna, namun wajar dikaji dan diselidiki kerana ia mempunyai fungsi-fungsi tersendiri dalam bahasa Arab. Posisi al-Nabr al-Ra‟i:siyy bagi setiap kalimah dalam surah membentuk susunan fonetik dan pola tertentu mengikut jenis suku kata dan tema yang terdapat dalam surah. Kajian ini diharapkan dapat membantu membuka dimensi baru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab serta pengajian al-Qur‟a:n, khususnya bagi tujuan pembinaan silabus dan perencanaan kaedah-kaedah pengajaran kemahiran membaca