Penggunaan multimedia dalam khutbah Jumaat : kajian terhadap penerimaan jemaah di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar, Kuala Lumpur / Siti Aishah Abu Bakar

Kajian bertajuk “Penggunaan Multimedia Dalam Khutbah Jumaat: Kajian Terhadap Penerimaan Jemaah Di Masjid Saidina Abu Bakar As- Siddiq, Bangsar” ini memfokuskan kepada pelaksanaan dan penggunaan multimedia dalam khutbah Jumaat. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah mengkaji mengenai beberapa aspek tekni...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abu Bakar, Siti Aishah
Format: Thesis
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5377/8/IGB_090047.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5377/7/COVER_PAGE%2Dlatest.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5377/4/BAB_SATU.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5377/1/BAB_DUA.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5377/5/BAB_TIGA.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5377/2/BAB_EMPAT.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5377/3/BAB_LIMA.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5377/6/BIBLIOGRAFI_.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5377/9/LAMPIRAN_.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5377/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian bertajuk “Penggunaan Multimedia Dalam Khutbah Jumaat: Kajian Terhadap Penerimaan Jemaah Di Masjid Saidina Abu Bakar As- Siddiq, Bangsar” ini memfokuskan kepada pelaksanaan dan penggunaan multimedia dalam khutbah Jumaat. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah mengkaji mengenai beberapa aspek teknikal yang melibatkan pengunaan multimedia dalam khutbah Jumaat. Pelaksanaan multimedia ini telah diperkenalkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebagai satu inisiatif baru untuk menarik minat dan kefahaman para jemaah berteraskan penggunaan alat teknologi masa kini. Ini adalah kerana kedudukan khutbah Jumaat merupakan satu elemen penting dan ia juga berperanan sebagai medium dakwah yang perlu dipastikan mesej atau input yang disampaikan memberi kesan di hati para pendengar. Dalam konteks kajian ini, kaedah metodologi yang digunakan adalah berbentuk penyelidikan kualitatif dan kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada 215 responden yang memberi maklum balas terhadap soal selidik yang diedarkan di Masjid SABA. Set soal selidik dan temubual yang digunakan mengandungi 18 item yang dibahagikan kepada 4 bahagian yang berbentuk soalan berstruktur dan terbuka. Manakala soalan temubual dibahagikan kepada 3 set iaitu melalui pegawai di Unit Latihan dan Khutbah JAWI, imam/khatib dan para jemaah di Masjid SABA. Analisis statistik secara deskriptif melibatkan taburan kekerapan dan peratus yang digunakan untuk menganalisis data dengan menggunakan program SPSS (Statistical Packages for Social Science). Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 89% daripada para jemaah dapat menerima dan tidak keliru dengan pelaksanaan dan persembahan slaid khutbah Jumaat multimedia tersebut. Namun demikian, masih terdapat ruang untuk peningkatan dan penambahbaikan yang perlu dikemaskinikan lagi dari masa ke semasa untuk tujuan kebaikan bersama.