Aspek-aspek sejarah dalam karya sastera di zaman kerajaan Islam Acheh pada abad ke-19 / Hanafiah

Disertasi ini bertajuk “Aspek-aspek Sejarah Dalam Karya Sastera Di Zaman Kerajaan Islam Acheh Pada Abad Ke-19”. Tujuan Kajian ini dilakukan untuk mengetahui aspek-aspek sejarah yang terdapat dalam karya sastera (hikayat) di zaman kerajaan Islam Acheh. Pentingnya kajian ini dilakukan kerana sastera...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hanafiah, -
Format: Thesis
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5374/1/hanafiah.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5374/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Disertasi ini bertajuk “Aspek-aspek Sejarah Dalam Karya Sastera Di Zaman Kerajaan Islam Acheh Pada Abad Ke-19”. Tujuan Kajian ini dilakukan untuk mengetahui aspek-aspek sejarah yang terdapat dalam karya sastera (hikayat) di zaman kerajaan Islam Acheh. Pentingnya kajian ini dilakukan kerana sastera dapat memberikan informasi mengenai peristiwa-peristiwa sejarah yang pernah terjadi di Acheh pada masa tersebut dan informasi itu dapat dipergunakan oleh sejarawan untuk menulis karya sejarah. Sebahagian peristiwa-peristiwa tersebut terkandung di dalam karya sastera (hikayat) Acheh itu sendiri. Semua permasalahan ini dikaji dengan menggunakan metode induksi dan kualitatif. Manakala dalam pengumpulan data menggunakan teknik penyelidikan kepustakaan (Library Research). Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui sumber sejarah yang terdapat di dalam karya sastera Acheh, kemudian dilanjutkan dengan mencari aspek-aspek sejarah yang terdapat dalam karya sastera tersebut, sehingga menambah informasi tentang sejarah Acheh melalui karya sastera. Dari hasil kajian ini dapat disimpulkan bahawa sebahagian karya sastera (hikayat) yang ditulis pada masa kerajaan Islam Acheh khususnya dapat dijadikan sebagai bahan kajian untuk mendapatkan sebahagian sumber sejarah masa kini dan akan datang.