Perkahwinan berbeza agama di Indonesia : kajian dari perspektif Undang-undang No. 1 Tahun 1974 / Sholahuddin Al Hasyimi

Kajian ini membincangkan mengenai perkahwinan berbeza agama di Indonesia yang ditinjau dari perspektif Undang-undang No. 1 Tahun 1974, iaitu undang-undang yang mengatur segala perkara yang berhubung kait dengan perkahwinan warga negara Indonesia. Kawasan yang dijadikan tempat kajian ini adalah Sema...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Al Hasyimi, Sholahuddin
Format: Thesis
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5346/8/Cover.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5346/1/ABSTRAK.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5346/9/DAFTAR_ISI.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5346/2/Bab_I.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5346/3/BAB_II.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5346/4/BAB_III.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5346/5/BAB_IV.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5346/6/BAB_V.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5346/7/BIBLIOGRAFI.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5346/10/LAMPIRAN_1.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5346/11/LAMPIRAN_2.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5346/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini membincangkan mengenai perkahwinan berbeza agama di Indonesia yang ditinjau dari perspektif Undang-undang No. 1 Tahun 1974, iaitu undang-undang yang mengatur segala perkara yang berhubung kait dengan perkahwinan warga negara Indonesia. Kawasan yang dijadikan tempat kajian ini adalah Semarang, Solo, dan Yogyakarta. Semarang dipilih untuk mewakili masyarakat bandar, di mana masyarakatnya disibukkan dengan aktiviti kerja. Solo mewakili masyarakat desa dan abangan. Sedangkan Yogyakarta mewakili masyarakat urban, dan terpelajar. Kajian ini merupakan kajian pustaka (library research), iaitu suatu kajian yang dilakukan dengan meneroka pelbagai buku atau kajian yang berhubung kait dengan perkahwinan berbeza agama. Dan pendekatan yang digunakan dalam kajian ini adalah pendekatan normatif historis, iaitu pendekatan yang berasaskan daripada data teks (al-Quran) dan undangundang. Data-data kajian didapati daripada peraturan perundangan, dan bahan pustaka sebagai sumber primer, kemudian dihubung kaitkan dengan fakta empirik yang diperolehi daripada temu bual dengan orang yang melakukan perkahwinan berbeza agama dan pegawai pelaksana perkahwinan. Setelah itu, data-data dianalisis dengan cara non statistik (kualitatif) untuk diambil kesimpulan dengan menggunakan metode refliktif (deduktif-induktif), dan tata fikir devergen (kreatif-inovatif). Daripada kajian ini didapati bahawa jika ada dua orang yang berbeza agama mahu melaksanakan perkahwinan dan masing-masing mempertahankan agama dan kepercayaannya selalu mengalami hambatan. Sebab, para pegawai pelaksana perkahwinan dan pemimpin agama atau ulama mentafsirkan bahawa perkahwinan berbeza agama bercanggah dengan UU Perkahwinan dan agama. Kedua, wujudnya pentafsiran yang berbagai terhadap ketentuan dalam UU Perkahwinan daripada para pakar undang-undang di Indonesia. Ketiga, pada asasnya semua agama yang diiktiraf negara Indonesia melarang perkahwinan berbeza agama. Namun, dalam agama Islam ada pendapat ulama yang membolehkan perkahwinan lelaki Muslim dengan wanita non Muslim, serta agama Kristian Katolik dan Kristian Protestan juga memberikan peluang perkahwinan berbeza agama bagi penganutnya dengan syarat pasangannya yang berbeza agama mahu mengikuti aturan gereja. Hanya agama Hindu dan Budha sahaja yang melarang secara mutlak perkahwinan berbeza agama. Keempat, orang yang melakukan perkahwinan berbeza agama dapat memperolehi sijil perkahwinan sebagai pengiktirafan daripada negara.