Mesej dakwah dan metode Al-Maw'izah Al-Hasanah dalam filem My name is Khan dan Jodhaa Akbar / Nursyazrin binti Nazee Mudeen

Filem merupakan antara metodologi penyampaian dakwah masa kini yang boleh dimanipulasi penciptaannya. Menerusi filem, trend dan perkembangan pemikiran sesebuah masyarakat dapat difahami. Melihat kepentingan fungsinya ini, pendakwah tidak boleh terlepas peluang menjadikan filem sebagai antara metode...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nazee Mudeen, Nursyazrin
Format: Thesis
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5344/4/TAJUK.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5344/2/iv%2Dxv.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5344/3/MESEJ_DAKWAH_DAN_METODE_AL%2DMAW'IZAH_AL%2DHASANAH_DALAM_FILEM_M.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5344/1/BIBILIOGRAFI.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5344/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Filem merupakan antara metodologi penyampaian dakwah masa kini yang boleh dimanipulasi penciptaannya. Menerusi filem, trend dan perkembangan pemikiran sesebuah masyarakat dapat difahami. Melihat kepentingan fungsinya ini, pendakwah tidak boleh terlepas peluang menjadikan filem sebagai antara metode untuk menyampaikan dakwah. Penerbitan filem dakwah terutamanya di Malaysia belum mencapai suatu standard yang membanggakan. Corak perkembangan filem di Malaysia yang dipengaruhi oleh karya-karya dari produksi luar negara terutamanya daripada Bollywood sejak awal kedatangannya di Tanah Melayu memberi kesan terhadap penghasilannya. Namun, fenomena yang berlaku ini perlu dipandang dari sudut positif. Formula-formula yang digunakan dalam penghasilan filem Bollywood yang berjaya menarik minat masyarakat Malaysia perlu dikaji dan dianalisis untuk mencari kekuatan dan keunikannya untuk dimanipulasi dan dimanfaatkan dalam menghasilkan filem dakwah yang berkesan yang bersesuaian dengan norma dan budaya masyarakat Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji mesej dakwah dan metodologi al-Maw‘izah al-Hasanah yang digunakan dalam menghasilkan filem My Name Is Khan dan Jodhaa Akbar yang merangkumi uslub-uslub tertentu iaitu uslub targhib, tarhib, tabsyir, tandzir dan tazkiyyah al-Nafs. Metode kajian ini ialah metode kualitatif. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah penelitian terhadap naskah filem dan seterusnya dibuat beberapa siri penontonan bagi memahami keseluruah filem yang dihasilkan. Penemuan kajian mendapati, filem My Name Is Khan dan Jodhaa Akbar merupakan dua filem Hindustan yang cuba memaparkan mesej dakwah dengan menggunakan metode al-Maw‘izah al-Hasanah secara berkesan. Namun, unsur-unsur pemikiran liberal dan plural masih terdapat dalam kedua-dua filem apabila mencampuradukkan amalan agama Islam dengan agama lain.