Manuskrip undang-undang Kedah : kajian unsur-unsur etnografi Islam / Siti Fairus binti Kamarudin

Manuskrip Undang-Undang Kedah telah ditemui dalam beberapa versi dan tempat, antaranya ialah Versi R.O Winstedt, Versi Ku Din Ku Meh, serta Versi Rafles. Undang-Undang Kedah Versi R.O Winstedt seringkali diketengahkan oleh para pengkaji sebelum ini yang melibatkan kajian pelbagai aspek. Manakala pen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kamarudin, Siti Fairus
Format: Thesis
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5342/1/MANUSKRIP_UNDANG.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5342/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Manuskrip Undang-Undang Kedah telah ditemui dalam beberapa versi dan tempat, antaranya ialah Versi R.O Winstedt, Versi Ku Din Ku Meh, serta Versi Rafles. Undang-Undang Kedah Versi R.O Winstedt seringkali diketengahkan oleh para pengkaji sebelum ini yang melibatkan kajian pelbagai aspek. Manakala penulis pula memilih Manuskrip Undang-Undang Kedah Versi Ku Din Ku Meh sebagai sandaran kajian dengan judul lengkapnya Manuskrip Undang-Undang Kedah: Kajian Unsur-Unsur Etnografi Islam. Kajian ini dilakukan atas tanggapan bahawa teks undang-undang Kedah versi ini lebih dipengaruhi oleh ajaran Islam berbanding versi R.O Winstedt. Kenyataan ini bersandarkan gambaran adat-adat Melayu serta etnografi yang diketengahkan lebih bersifat islamik dan detail contohnya dalam hal ehwal perkahwinan. Bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan, beberapa jenis rujukan sokongan primer dan sekunder digunakan seperti Hukum Kanun Melaka, Hikayat Merong Mahawangsa, Manuskrip Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan lain-lain. Selain itu kajian pengkaji lepas amat menyokong kajian ini. Segala data yang diperolehi dianalisis menggunakan pendekatan deduktif, dimana maklumat dikumpul dan dianalisa satu persatu bagi mendapatkan jawapan yang dicari. Pendekatan tekstologi juga diaplikasikan bagi menganalisa dan mendapatkan maklumat dari manuskrip yang dikaji khususnya Manuskrip Undang-Undang Kedah Versi Ku Din Ku Meh. Merujuk kepada kajian yang dilakukan ini, dapat disimpulkan pengaruh Islam sememangnya dominan dalam hal adat-adat Melayu yang melibatkan urusan perkahwinan namun dalam hal berkaitan adat diraja berlaku percampuran antara pengaruh Islam dan pengaruh lain.