Madrasah Idrisiah Bukit Chandan Kuala Kangsar Perak : sejarah dan sumbangannya terhadap pendidikan Islam dari tahun 1985-1999 / Nor Adina binti Abdul Kadir

Kajian ini bertujuan untuk meneliti sejarah dan sumbangan Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar Perak di dalam pendidikan Islam dari tahun 1985-1999. Kajian ini dibuat adalah untuk menjawab beberapa permasalahan dengan mengkaji dan menganalisis serta menemukan rumusan yang meliputi tiga bahagian utama, pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Kadir, Nor Adina
Format: Thesis
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5332/1/TESIS%2D_PDF.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5332/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meneliti sejarah dan sumbangan Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar Perak di dalam pendidikan Islam dari tahun 1985-1999. Kajian ini dibuat adalah untuk menjawab beberapa permasalahan dengan mengkaji dan menganalisis serta menemukan rumusan yang meliputi tiga bahagian utama, pertama; bagaimana sejarah perkembangan Madrasah Idrisiah, kedua; bagaimana bentuk dan jenis pengajian di Madrasah Idrisiah sebelum dan selepas merdeka, ketiga; siapakah tokoh pemulihan dan sumbangan yang dilakukannya dalam perkembangan pendidikan Islam di Madrasah Idrisiah dari tahun 1985-1999. Pada dasarnya, data-data dalam penyelidikan ini diperoleh dengan menggunakan metode perpustakaan dan dokumentasi. Bagi melengkapi metode di atas, kajian ini turut menggunakan metode temubual khususnya berhubung sejarah Madrasah Idrisiah dan sumbangan tokoh terhadap pendidikan Islam. Hasil kajian ini dapat dipaparkan secara ringkas sebagaimana berikut; Pertama, Madrasah Idrisiah dengan rasminya ditubuhkan pada tahun 1922 dan mengalami empat peringkat perkembangan iaitu peringkat kebangkitan (1917-1927), peringkat kegemilangan (1928-1969), peringkat malap (1970-1984) dan peringkat pemulihan (1985-1999). Kedua, bentuk pengajian Madrasah Idrisiah sebelum merdeka adalah lebih kepada bidang agama dan selepas merdeka menggunakan sistem kurikulum seperti di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama ataupun Kementerian Pelajaran Malaysia. Ketiga, tokoh penting yang dijadikan sampel kajian penulisan ini ialah Ustaz Musa bin Zainuddin (1985-1999) selaku pelopor pembaharuan dan pelbagai sumbangan yang dilakukannya dalam bidang Pendidikan Islam di Madrasah Idrisiah.