Program sijil tahfiz Al-Qur'an Darul Quran JAKIM-Universiti Islam Antarabangsa Malaysia : analisis terhadap pencapaian hafazan dan permasalahannya / Shahrulkarnain bin Mohamad Nazir

Kajian ini dijalankan terhadap 60 orang responden yang terdiri daripada 30 orang responden lelaki dan 30 orang responden perempuan. Mereka merupakan pelajar semester akhir program Sijil Tahfiz al-Quran Darul Quran- UIAM dan juga telah menamatkan hafalan al-Quran 30 juzu’. Tujuan kajian ini dilaksana...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Nazir, Shahrulkarnain
Format: Thesis
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5321/1/AWALAN.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5321/3/TESIS_SHAHRULKARNAIN.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5321/2/BIBLIOGRAFI.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5321/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan terhadap 60 orang responden yang terdiri daripada 30 orang responden lelaki dan 30 orang responden perempuan. Mereka merupakan pelajar semester akhir program Sijil Tahfiz al-Quran Darul Quran- UIAM dan juga telah menamatkan hafalan al-Quran 30 juzu’. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji pencapaian hafalan al-Quran bagi pelajar yang mengikuti program ini. Kajian ini juga dilaksanakan berdasarkan pembolehubah bersandar iaitu ujian hafalan al-Quran secara lisan (syafawi) dan juga pembolehubah tidak bersandar atau bebas iaitu jantina dan sosioekonomi. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik, ujian, tinjauan dan pemerhatian. Kesemua data tersebut dianalis melalui Program Sistem Statistik Pukal Sains Sosial (Statistical Package For Social Science/ SPSS) versi 18.1. Pengkaji menganalisis data dalam dua bentuk iaitu deskriptif dan inferensi. Bagi maklumat responden dan soal selidik pengkaji menggunakan analisa deskriptif, manakala bagi melihat perbezaan jantina dan sosioekonomi melalui ujian hafalan yang telah dilakukan, pengkaji menganalisa dalam bentuk inferensi termasuk ujian-t dan korelasi. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat kelemahan yang sangat ketara dalam aspek hafalan al-Quran bagi pelajar-pelajar Program Sijil Tahfiz al-Quran Darul Quran JAKIM – UIAM. Manakala, pencapaian hafalan yang diukur berdasarkan jantina mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan pembolehubah tersebut. Namun daripada aspek sosioekonomi, pelajar yang datang daripada sosioekonomi yang tinggi dilihat lebih menguasai hafalan al-Quran berbanding golongan lain. Namun perbezaan ini tidaklah terlalu besar dan menggambarkan golongan sederhana dan susah juga boleh menguasai hafalan al-Quran dengan baik.