Unsur-unsur Islam dalam drama TV bersiri : kajian terhadap drama Nur Kasih / Nabilah binti Mohd Razif

Kajian ini cuba mendedahkan bagaimana industri drama mampu menjadi salah satu daripada mekanisme terpenting dalam mengangkat martabat Islam selain menyedarkan masyarakat tentang kepentingan drama yang berfungsi sebagai salah satu medium penting penyebaran Islam di Malaysia serta membentuk masyarakat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Razif, Nabilah
Format: Thesis
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5310/1/BAHAGIAN_1_TAJUK_DEPAN.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5310/2/BAHAGIAN_2_AKUAN%2CABSTRAK%2CPENGHARGAAN%2CTRANSILASI%2C_KEPENDEKAN%2C_ISI_KANDUNGAN.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5310/3/BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM..._PEMBETULAN_AKHIR_HARDCOVER_KULLUHU.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5310/4/NABILAH_MOHD_RAZIF.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5310/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.um.stud.5310
record_format eprints
spelling my.um.stud.53102015-05-23T03:16:55Z Unsur-unsur Islam dalam drama TV bersiri : kajian terhadap drama Nur Kasih / Nabilah binti Mohd Razif Mohd Razif, Nabilah BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc Kajian ini cuba mendedahkan bagaimana industri drama mampu menjadi salah satu daripada mekanisme terpenting dalam mengangkat martabat Islam selain menyedarkan masyarakat tentang kepentingan drama yang berfungsi sebagai salah satu medium penting penyebaran Islam di Malaysia serta membentuk masyarakat Islam menjadi masyarakat berintegriti. Bidang ini dipilih sebagai subjek kajian kerana ia merupakan aktiviti yang bersifat dinamik yang boleh menjadi medan memberi dan menerima ilmu di samping dagang dan juga merupakan satu industri yang menggabungkan elemen-elemen seni yang pelbagai dalam menambat hati manusi yang sedia maklum bahawa manusia mencintai seni secara fitrahnya. Drama pada masa kini sangat besar pengaruhnya kepada masyarakat dan mesej yang cuba disampaikan melalui wasilah ini sangat terkesan kepada masyarakat. Maka masyarakat boleh melihat pada masa kini terdapat banyak drama yang menyelitkan unsur-unsur Islam di dalam perjalanan ceritanya yang boleh dijadikan panduan dan teladan dalam hidup. Sebagai satu usaha pengukuhan, penyebaran dan perkembangan tamadun dan agama Islam, drama dapat menyumbang kepada pemantapan cara sebaran ajaran agama dan ilmu serta integriti masyarakat. Berdasarkan fungsinya yang besar itu, seharusnya bidang drama menjadi pemangkin ke arah pemupukan penghayatan Islam daripada keseluruhan sudut kehidupan manusia supaya setiap cabang urusan kehidupan di dunia ini dilandasi ajaran Islam sebenar. Penulis telah memilih drama Nur Kasih sebagai subjek kajian kerana drama itu memiliki keistimewaan dan keunikan tersendiri sehingga menjadi fenomena dalam masyarakat pada tahun 2009 dan 2010. Daripada segi metodologi, kajian ini menerapkan aplikasi metode pengumpulan data yang merangkumi penyelidikan perpustakaan dan penyelidikan analisis teks. Selain itu penulis juga menggunakan metode analisis data dengan mengaplikasikan metode induktif, metode deduktif serta metode komparatif. Hasilnya, kajian ini penulis bahagikan kepada tiga aspek besar yang merangkumi aspek pengisian, aspek uslub/gaya persembahan dan aspek sinematografi yang mana penulis mendapati bahawa drama yang terpilih ini sememangnya padat dan sarat dengan unsur-unsur Islam sehingga penulis dapat membahagikan unsur-unsur Islam tersebut kepada beberapa bahagian daripada skop kehidupan manusia sebagai seorang muslim iaitu skop akidah, skop ibadah dan skop akhlak. Malah di dalam setiapnya terbahagi pula kepada bahagian-bahagian kecil yang lain. Menerusi kajian ini juga, didapati bahawa drama juga telah berperanan dalam memperlihatkan kesyumulan Islam serta membetulkan kembali tanggapan yang menyatakan sistem Islam tidak releven digunakan pada zaman langit terbuka ini. 2012 Thesis NonPeerReviewed application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5310/1/BAHAGIAN_1_TAJUK_DEPAN.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5310/2/BAHAGIAN_2_AKUAN%2CABSTRAK%2CPENGHARGAAN%2CTRANSILASI%2C_KEPENDEKAN%2C_ISI_KANDUNGAN.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5310/3/BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM..._PEMBETULAN_AKHIR_HARDCOVER_KULLUHU.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5310/4/NABILAH_MOHD_RAZIF.pdf Mohd Razif, Nabilah (2012) Unsur-unsur Islam dalam drama TV bersiri : kajian terhadap drama Nur Kasih / Nabilah binti Mohd Razif. Masters thesis, University of Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/5310/
institution Universiti Malaya
building UM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Malaya
content_source UM Student Repository
url_provider http://studentsrepo.um.edu.my/
topic BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
spellingShingle BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Mohd Razif, Nabilah
Unsur-unsur Islam dalam drama TV bersiri : kajian terhadap drama Nur Kasih / Nabilah binti Mohd Razif
description Kajian ini cuba mendedahkan bagaimana industri drama mampu menjadi salah satu daripada mekanisme terpenting dalam mengangkat martabat Islam selain menyedarkan masyarakat tentang kepentingan drama yang berfungsi sebagai salah satu medium penting penyebaran Islam di Malaysia serta membentuk masyarakat Islam menjadi masyarakat berintegriti. Bidang ini dipilih sebagai subjek kajian kerana ia merupakan aktiviti yang bersifat dinamik yang boleh menjadi medan memberi dan menerima ilmu di samping dagang dan juga merupakan satu industri yang menggabungkan elemen-elemen seni yang pelbagai dalam menambat hati manusi yang sedia maklum bahawa manusia mencintai seni secara fitrahnya. Drama pada masa kini sangat besar pengaruhnya kepada masyarakat dan mesej yang cuba disampaikan melalui wasilah ini sangat terkesan kepada masyarakat. Maka masyarakat boleh melihat pada masa kini terdapat banyak drama yang menyelitkan unsur-unsur Islam di dalam perjalanan ceritanya yang boleh dijadikan panduan dan teladan dalam hidup. Sebagai satu usaha pengukuhan, penyebaran dan perkembangan tamadun dan agama Islam, drama dapat menyumbang kepada pemantapan cara sebaran ajaran agama dan ilmu serta integriti masyarakat. Berdasarkan fungsinya yang besar itu, seharusnya bidang drama menjadi pemangkin ke arah pemupukan penghayatan Islam daripada keseluruhan sudut kehidupan manusia supaya setiap cabang urusan kehidupan di dunia ini dilandasi ajaran Islam sebenar. Penulis telah memilih drama Nur Kasih sebagai subjek kajian kerana drama itu memiliki keistimewaan dan keunikan tersendiri sehingga menjadi fenomena dalam masyarakat pada tahun 2009 dan 2010. Daripada segi metodologi, kajian ini menerapkan aplikasi metode pengumpulan data yang merangkumi penyelidikan perpustakaan dan penyelidikan analisis teks. Selain itu penulis juga menggunakan metode analisis data dengan mengaplikasikan metode induktif, metode deduktif serta metode komparatif. Hasilnya, kajian ini penulis bahagikan kepada tiga aspek besar yang merangkumi aspek pengisian, aspek uslub/gaya persembahan dan aspek sinematografi yang mana penulis mendapati bahawa drama yang terpilih ini sememangnya padat dan sarat dengan unsur-unsur Islam sehingga penulis dapat membahagikan unsur-unsur Islam tersebut kepada beberapa bahagian daripada skop kehidupan manusia sebagai seorang muslim iaitu skop akidah, skop ibadah dan skop akhlak. Malah di dalam setiapnya terbahagi pula kepada bahagian-bahagian kecil yang lain. Menerusi kajian ini juga, didapati bahawa drama juga telah berperanan dalam memperlihatkan kesyumulan Islam serta membetulkan kembali tanggapan yang menyatakan sistem Islam tidak releven digunakan pada zaman langit terbuka ini.
format Thesis
author Mohd Razif, Nabilah
author_facet Mohd Razif, Nabilah
author_sort Mohd Razif, Nabilah
title Unsur-unsur Islam dalam drama TV bersiri : kajian terhadap drama Nur Kasih / Nabilah binti Mohd Razif
title_short Unsur-unsur Islam dalam drama TV bersiri : kajian terhadap drama Nur Kasih / Nabilah binti Mohd Razif
title_full Unsur-unsur Islam dalam drama TV bersiri : kajian terhadap drama Nur Kasih / Nabilah binti Mohd Razif
title_fullStr Unsur-unsur Islam dalam drama TV bersiri : kajian terhadap drama Nur Kasih / Nabilah binti Mohd Razif
title_full_unstemmed Unsur-unsur Islam dalam drama TV bersiri : kajian terhadap drama Nur Kasih / Nabilah binti Mohd Razif
title_sort unsur-unsur islam dalam drama tv bersiri : kajian terhadap drama nur kasih / nabilah binti mohd razif
publishDate 2012
url http://studentsrepo.um.edu.my/5310/1/BAHAGIAN_1_TAJUK_DEPAN.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5310/2/BAHAGIAN_2_AKUAN%2CABSTRAK%2CPENGHARGAAN%2CTRANSILASI%2C_KEPENDEKAN%2C_ISI_KANDUNGAN.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5310/3/BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM..._PEMBETULAN_AKHIR_HARDCOVER_KULLUHU.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5310/4/NABILAH_MOHD_RAZIF.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5310/
_version_ 1738505773761167360
score 13.160551