Bay' al-'Inah : hukum dan pelaksanaannya dalam perbankan Islam di Malaysia / Mohamad Rizal bin Mohamed Nor
Sistem kewangan dan perbankan Islam di Malaysia telah dan sedang melalui perkembangan yang pesat. Namun, dalam keghairahan perbankan Islam di Malaysia menawarkan produk-produk yang setanding dengan bank-bank konvensional, terdapat akad yang kontroversi telah diterima pakai hingga mengundang kritikan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2009
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/5259/1/awalan.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5259/3/tesis__latest_.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5259/2/lampiran.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5259/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sistem kewangan dan perbankan Islam di Malaysia telah dan sedang melalui perkembangan yang pesat. Namun, dalam keghairahan perbankan Islam di Malaysia menawarkan produk-produk yang setanding dengan bank-bank konvensional, terdapat akad yang kontroversi telah diterima pakai hingga mengundang kritikan daripada sarjana-sarjana tempatan dan antarabangsa tentang perjalanan perbankan Islam khususnya di Malaysia. Antara akad yang dimaksudkan ialah bay‘ al-‘inah yang dipertikaikan dari sudut keharusannya. Walaupun penerimaan akad bay‘ al-‘inah ini adalah berdasarkan hukumnya dalam mazhab Shafi‘i, pandangan dari mazhab-mazhab fiqh yang lain perlu diambil kira. Kajian ini akan membincangkan kedudukan akad bay‘ al-‘inah menurut perspektif syarak dengan membentangkan pandangan-pandangan
pelbagai mazhab dan ulama semasa mengenainya. Kajian ini juga akan membincangkan tentang hilah fiqhiyyah dan hubungkaitnya dengan bay‘ al-‘inah. Sebahagian produk
kewangan yang berasaskan akad ini yang ditawarkan oleh beberapa institusi perbankan Islam di Malaysia akan turut dianalisis dalam kajian ini. Secara keseluruhannya, kajian
ini menggunakan pendekatan kualitatif dan sedikit penggunaan data kuantitatif yang dianalisis secara deskriptif. Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati penerimaan akad bay‘ al-‘inah berasaskan mazhab Shafi‘i yang diterima pakai di Malaysia boleh dipertikaikan kerana ia tidak menepati kedudukannya yang sebenar dalam mazhab
Shafi‘i itu sendiri. Dari sudut perbandingan dalil dan hujah pula, golongan yang menolaknya adalah lebih kuat atau rajih. Oleh itu, pemakaian akad ini perlu dikaji semula dan alternatifnya juga perlu difikirkan dalam usaha memastikan perjalanan perbankan Islam di negara kita benar-benar menepati syarak. |
---|