Prinsip al-wakalah dalam al-Kutub al-sittah dan aplikasinya dalam industri takaful di Malaysia / Mohd Syukri bin Mohd Noor

Al-Wakalah merupakan salah satu transaksi penting dalam muamalah Islam dan dibincangkan oleh muhaddithin dan fuqaha. Al-Wakalah menjadi transaksi dalam muamalah semasa khususnya dalam industri takaful. Justeru kajian ini bertujuan untuk menganalisis transaksi al-Wakalah berdasarkan kepada Hadith-Had...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Noor, Mohd Syukri
Format: Thesis
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5240/1/1._Muka_Depan_Luar.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5240/2/2._Muka_Depan_Dalam.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5240/3/3._Perakuan_Keaslian_Penulisan.jpg
http://studentsrepo.um.edu.my/5240/4/4._Abstrak.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5240/5/5._Penghargaan.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5240/6/6._PANDUAN_TRANSLITERASI.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5240/7/7._ISI_KANDUNGAN.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5240/8/8._SENARAI_JADUAL_%26_RAJAH.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5240/9/9._BAB_PENDAHULUAN%2DBIBLIOGRAFI.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5240/10/10._Lampiran.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5240/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Al-Wakalah merupakan salah satu transaksi penting dalam muamalah Islam dan dibincangkan oleh muhaddithin dan fuqaha. Al-Wakalah menjadi transaksi dalam muamalah semasa khususnya dalam industri takaful. Justeru kajian ini bertujuan untuk menganalisis transaksi al-Wakalah berdasarkan kepada Hadith-Hadith Nabi SAW dalam al-Kutub al-Sittah dan menilai aplikasi prinsip al-Wakalah khususnya dalam industri takaful. Hasil penelitian pengkaji, dalam al-Kutub al-Sittah perbincangan secara khusus hanya terdapat dalam Sahih al-Bukhari yang mengumpulkan Hadith-Hadith al-Wakalah dalam satu topik khusus. Selain itu, dalam Sunan Abu Dawud terdapat satu bab iaitu Bab fi al-Wakalah dalam kitab al-Qada’. Dalam kitab-kitab Hadith yang lain ianya dibincangkan dalam topik-topik berkaitan Hadith berkenaan. Kajian pengkaji telah menganalisis 23 Hadith berkaitan al-Wakalah dalam al-Kutub al-Sittah dan berdasarkan takhrij ringkas, Hadith-Hadith al-Wakalah dibincangkan dalam 250 Hadith dalam al-Kutub al-Sittah yang merangkumi pebagai aspek kehidupan manusia. Kajian merumuskan bahawa ruang lingkup perbahasan al-Wakalah dalam al-Kutub al-Sittah merangkumi lapan perkara utama iaitu al-Wakalah dalam jual-beli, perundangan, perkahwinan, hutang, korban, haji, zakat, dan juga sadaqah, wasiat dan hibah. Selain itu, mengenalpasti lapan prinsip wakalah iaitu [1] melantik dan menjadi wakil dalam perkara yang di benarkan syara‘, [2] wakil tidak menanggung kerugian sekiranya bukan dari kelalaiannya, [3] melantik wakil ghaib, [4] melantik wakil harus dengan keizinan pewakil, [5] melantik wakil bukan muslim, [6] kewajaran membayar upah (al-Ajr) kepada wakil, [7] mengamalkan sifat jujur dan amanah dalam perkhidmatan, [8] tegahan melantik dan menjadi wakil dalam perkara yang di haramkan syara‘. Penilaian pengkaji terhadap aplikasi prinsip al-Wakalah dalam industri takaful mendapati ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam dan berlandaskan kepada lapan prinsip al-Wakalah khususnya dalam perspektif muamalah.