Adab al-riyadah wa al-istislah dalam pembangunan modal insan menurut al-Mawardi dalam Karya adab al-dunya wa al-din / Siti Sarah binti Haji Ahmad

Adab al-Riyadah wa al-Istislah dalam Pembangunan Modal Insan Menurut Al-Mawardi dalam Karya Adab al-Dunya wa al-Din. Usaha membangunkan insan yang berakhlak mulia dan terpuji merupakan aspek terpenting di dalam pembangunan modal insan. Al-Mawardi merupakan seorang tokoh yang dilihat telah memberi su...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Haji Ahmad, Siti Sarah
Format: Thesis
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5220/9/muka_depan.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5220/1/abstrak.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5220/5/bab_pendahuluan.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5220/6/Bab_satu.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5220/2/bab_dua.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5220/7/bab_tiga.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5220/3/bab_empat.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5220/4/bab_lima.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5220/8/BIBLIOGRAFI.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5220/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Adab al-Riyadah wa al-Istislah dalam Pembangunan Modal Insan Menurut Al-Mawardi dalam Karya Adab al-Dunya wa al-Din. Usaha membangunkan insan yang berakhlak mulia dan terpuji merupakan aspek terpenting di dalam pembangunan modal insan. Al-Mawardi merupakan seorang tokoh yang dilihat telah memberi sumbangan di dalam usaha pembangunan kerohanian modal insan melalui karya beliau di bidang akhlak iaitu Adab al-Dunya wa al-Din. Justeru, kajian ini bertujuan menyingkap ketokohan al- Mawardi serta sumbangan pemikirannya terhadap pembangunan ini. Ia turut menganalisis salah satu cabang di dalam adab al-nafs iaitu teori adab al-riyadah wa al-istislah yang dilandaskan kepada pemikiran al-Mawardi. Akhirnya kajian ini mengutarakan penganalisaan terhadap perkaitan antara teori tersebut dengan pembangunan modal insan dalam pembentukan akhlak dan pembangunan kerohanian bagi melahirkan modal insan yang bersahsiah cemerlang dan berperibadi terpuji. Kajian yang bersifat analisis kualitatif deskriptif ini telah berjaya membuktikan ketokohan al-Mawardi dalam bidang akhlak dan pembangunan kerohanian modal insan. Teori akhlak beliau yang diasaskan kepada adab al-nafs yang kemudiannya difokuskan hanya kepada adab al-riyadah wa al-istislah dilihat sebagai suatu bentuk alternatif bagi membangun insan cemerlang kerana ia merujuk kepada proses tazkiyah al-nafs melalui penyingkiran akhlak madhmumah dan pengisian akhlak mahmudah. Proses pelaksanaannya dikemaskan oleh al-Mawardi melalui beberapa saranan dan kaedah tertentu melibatkan isu al-kibr wa al-i‘jab, husn al-khuluq, al-haya’, al-hilm wa al-ghadab, al-sidq wa al-kadhb dan al-hasad wa al-munafasah. Teori adab dan proses pelaksanaannya yang disumbangkan oleh al-Mawardi ini dapat disimpulkan sebagai suatu teori alternatif pembangunan modal insan melalui pembangunan berteraskan kerohanian dan akhlak.