Manhaj tad'if al-Hadith Ibn Hajar al-'Asqalani dalam Talkhis al-habir / Mohammad Hilmi bin Abdul Rahim

Kajian ini adalah suatu usaha untuk menjelaskan disiplin penilaian ke atas sesuatu riwayat hadith. Tumpuan khusus adalah tentang riwayat-riwayat hadith yang ditolak penghujahan dan sandarannya kepada Nabi s.a.w. Kajian ini turut menjelaskan istilah-istilah khusus bagi memperincikan sebab-sebab tad’i...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Rahim, Mohammad Hilmi
Format: Thesis
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5183/2/cover.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5183/1/Bab_1%2D5.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5183/3/PENGAKUAN.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5183/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah suatu usaha untuk menjelaskan disiplin penilaian ke atas sesuatu riwayat hadith. Tumpuan khusus adalah tentang riwayat-riwayat hadith yang ditolak penghujahan dan sandarannya kepada Nabi s.a.w. Kajian ini turut menjelaskan istilah-istilah khusus bagi memperincikan sebab-sebab tad’if sesuatu riwayat. Penulis menggunakan metode kajian perpustakaan dalam mengumpul maklumat dan kemudian menganalisa maklumat tersebut dengan mengemukakan sokongan atau kritikan keatas sesuatu pandangan yang diutarakan. Fokus kupasan dan penerangan tentang metode tad’if al-hadith dalam disertasi ini adalah dengan merujuk kitab-kitab mustalah al-hadith yang masyhur khususnya karya susunan Ibn Hajar al-„Asqalani iaitu Hadyu al-Sari Muqadimah Fath al-Bari, Nuzhah al-Nadhar fi Tawdih Nukhbah al-Fikar dan al-Nukat ‘ala Kitab Ibn Salah. Penulis juga mengambil contoh tad’if al-hadith yang dipraktikkan oleh beliau dalam kitab Talkhis al-Habir. Seterusnya penulis mengakhiri kajian ini dengan membuat kesimpulan bahawa Imam Ibn Hajar sebelum memberi penilaiannya keatas sesuatu riwayat, beliau terlebih dahulu menghimpunkan semua jalur-jalur sanad riwayat tersebut dari pelbagai sumber kitab himpunan hadith yang asal. Proses berikutnya pula adalah dengan meneliti keadaan para perawi dari sudut al-jarh wa al-ta’dil sebagaimana yang direkodkan oleh para ulama‟ hadith yang terdahulu. Secara umumnya beliau menerima keputusan penilaian para ulama terdahulu seperti imam al-Tirmidhi, al-Hakim dan lain-lain, tetapi adakalanya beliau mengemukakan pandangannya sendiri dengan membentangkan hujah-hujah yang diyakini rajih.