Konsep perkahwinan dalam Islam dan Kristian : kajian perbandingan / Roziah binti Chek
Kajian ini merupakan kajian perbandingan Konsep Perkahwinan dalam Agama Islam dan Agama Kristian dengan tumpuan kepada Roman Katholik. Beberapa aspek dalam konsep perkahwinan kedua-dua agama telah dikaji dan seterusnya dibentuk beberapa instrumen bagi mencari perbandingan di antara kedua-dua agama...
Saved in:
Summary: | Kajian ini merupakan kajian perbandingan Konsep Perkahwinan dalam Agama Islam dan Agama Kristian dengan tumpuan kepada Roman Katholik.
Beberapa aspek dalam konsep perkahwinan kedua-dua agama telah dikaji dan seterusnya dibentuk beberapa instrumen bagi mencari perbandingan di antara kedua-dua agama tersebut. Pembentukan masyarakat Islam dan Roman Katholik
adalah bertitik tolak daripada pembentukan sebuah institusi perkahwinan. Justeru, kajian ini membincangkan prinsip-prinsip utama perkahwinan bermula daripada pemilihan pasangan sehingga berlangsungnya perkahwinan. Selain dari itu kajian ini turut menganalisis proses pembubaran perkahwinan dalam Islam dan Roman Katholik. Secara umumnya kajian ini menggunakan beberapa kaedah pengumpulan data seperti kaedah penyelidikan perpustakaan, pemerhatian, dokumentasi dan pensejarahan manakala analisis data telah menggunakan kaedah induktif, deduktif dan komparatif. Kajian ini mendapati pada asasnya terdapat beberapa persamaan dalam konsep perkahwinan dalam Islam dan Roman Katholik.
Walaubagaimanapun ia perlu dilihat secara holistik dan menyeluruh. Namun secara terperincinya, perbezaan amat terserlah khususnya dalam aspek objektif perkahwinan, kepentingan perkahwinan dan realiti institusi kekeluargaan. Ini bersesuaian dengan tuntutan falsafah ajaran Islam dan Roman Katholik. |
---|