Metodologi pentafsiran Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi dalam kitab Tafsir Quran Marbawi / Nor Azlida binti Aziz

NOR AZLIDA BINTI AZIZ : Metodologi Pentafsiran Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi Dalam Kitab Tafsir Quran Marbawi, Disertasi, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2009. Kajian ini merupakan kajian metodologi pentafsiran al-Quran terhadap sebuah kar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Aziz, Nor Azlida
Format: Thesis
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5181/6/BHGN_AWALAN.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5181/1/BAB_1.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5181/2/BAB_2.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5181/3/BAB_3.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5181/4/BAB_4.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5181/5/BAB_5.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5181/7/BIBLIOGRAFI.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5181/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:NOR AZLIDA BINTI AZIZ : Metodologi Pentafsiran Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi Dalam Kitab Tafsir Quran Marbawi, Disertasi, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2009. Kajian ini merupakan kajian metodologi pentafsiran al-Quran terhadap sebuah karya tafsir yang ditulis oleh Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi. Di Malaysia, beliau lebih dikenali sebagai tokoh ilmuan dalam bidang hadis dan bahasa berbanding dengan bidang tafsir. Justeru, kajian ini akan mengetengahkan beliau kepada masyarakat dan dunia luar bahawa beliau juga merupakan seorang ilmuan yang menguasai ilmu pentafsiran al- Quran sehingga mampu menulis sebuah karya tafsir yang hampir tidak diketahui kewujudannya dalam bidang tafsir al-Quran. Tumpuan kajian ini adalah metodologi pentafsiran beliau dalam surah al-Fatihah, surah al-Baqarah dan surah Yasin. Kepelbagaian metode pentafsiran yang telah digunakan yang bertujuan memberi kefahaman kepada pembacanya akan isi kandungan al-Quran akan diketengahkan. Sepanjang kajian ini dilakukan, penulis menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan bagi mendapatkan kitab tafsir tersebut dan buku-buku lain yang berkaitan dengan bahan kajian. Selain itu, kaedah lapangan turut digunakan seperti temubual bersama menantu dan mereka yang terlibat secara langsung dengan kajian untuk mendapatkan maklumat latar belakang tokoh dan dokumentasi berkaitan dengan tokoh. Hasil kajian ini mendapati Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi sememangnya seorang tokoh ilmuan dalam bidang tafsir setanding dengan mufassir-mufassir lain yang tersohor di Malaysia dan Nusantara manakala karya penulisannya adalah berautoriti untuk dijadikan salah sebuah bahan rujukan dalam bidang pengajian tafsir.