Kaedah pengajaran Tilawah Al-Quran di Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia / Zulkhairi bin M. Pabelah @ M. Fadzlillah

Kajian ini menyentuh tentang Kaedah Pengajaran Tilawah al-Quran di Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kajian dikhususkan kepada beberapa aspek iaitu aspek perlaksanaan kursus, kaedah pengajaran, masalah-masalah yang dihadapi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zulkhairi, M. Pabelah @ M. Fadzlillah
Format: Thesis
Published: 2009
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5178/1/cover_tesis_zulkhairi_bin_m.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5178/2/kaedah_pengajaran_tilawah_al%2Dquran_di_celpad_uiam_tesis_.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5178/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini menyentuh tentang Kaedah Pengajaran Tilawah al-Quran di Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kajian dikhususkan kepada beberapa aspek iaitu aspek perlaksanaan kursus, kaedah pengajaran, masalah-masalah yang dihadapi oleh tenaga pengajar dan penerimaan pelajar dalam mengikuti kursus ini. Kajian ini juga memperlihatkan bagaimana sebuah institusi pengajian tinggi telah berjaya memartabatkan pengajian Tilawah al-Quran dengan menjadikannya sebagai mata pelajaran wajib bagi setiap pelajar Islam yang menuntut di universiti ini. Kejayaan kursus ini merupakan hasil daripada kombinasi metodologi pengajaran moden yang sistematik serta pengekalan kaedah pengajaran Tilawah al-Quran secara tradisional semenjak zaman Rasulullah s.a.w. iaitu kaedah talaqqi> dan musya>fah}ah. Kajian ini juga memperkenalkan kaedah atau cara bacaan yang disandarkan kepada bacaan Imam Hafs} `an `A<s}im min toriq al-Syatibiyyah kepada pelajar-pelajar universiti ini. Kaedah tinjauan semasa dan sampelnya terdiri daripada pelajar-pelajar yang mengikuti kursus tilawah al-Quran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Secara kesimpulannya ada empat kaedah pengajaran yang utama dalam pengajaran Tilawah al-Quran di universiti ini iaitu kaedah talaqqi> dan musya>fah}ah, kaedah hafazan, kaedah penggunaan teks dan kaedah bimbingan dari pihak pensyarah disamping kaedah-kaedah yang lain berpandukan kepada tahap tahap yang ditawarkan yang membolehkan para pelajar di universiti ini dapat mengikutinya dengan baik dan ianya juga dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang serta berkualiti dalam bidang akademik disamping berpengetahuan dan mempunyai kemahiran dalam Tilawah al-Quran.