Pengaruh budaya hedonisme di kalangan pelajar-pelajar Islam : kajian di SMK Tengku Idris Shah, Kapar, Klang / Mohd Ali bin Iksan
Fenomena pengaruh budaya luar di negara ini amat membimbangkan khususnya di kalangan remaja yang melibatkan pelajar-pelajar Islam. Ini berikutan peningkatan kadar jenayah dan maksiat yang dilakukan oleh pelajar sekolah semakin meningkat tahun demi tahun. Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh b...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/5175/1/pdf_pengaruh_budaya_hedonisme.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5175/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Fenomena pengaruh budaya luar di negara ini amat membimbangkan khususnya di kalangan remaja yang melibatkan pelajar-pelajar Islam. Ini berikutan peningkatan kadar jenayah dan maksiat yang dilakukan oleh pelajar sekolah semakin meningkat tahun demi tahun. Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh budaya hedonisme di kalangan pelajar, apakah bentuk-bentuk budaya yang dilakukan dan langkah-langkah bagi mengurangi masalah tersebut di kalangan pelajar. Seramai 211 orang pelajar telah dipilih sebagai responden kajian ini. Pemilihan ini dilakukan secara
rawak yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu, dua dan empat. Penulis menggunakan metod soal selidik, metod analisis, temu bual dan dokumentasi bagi mengumpulkan data. Hasil dari kajian mendapati bentuk-bentuk budaya hedonisme
yang dilakukan oleh pelajar adalah disebabkan rasa ingin mencuba untuk mendapatkan kepuasan dan seronok serta leka atas perbuatannya itu seperti suka pada hiburan, melepak, merokok, bermain permainan video dan melakukan salah
laku seksual. Antara saranan yang dikemukakan untuk mengatasi pengaruh hedonisme yang berlaku ialah semua pihak pelajar sendiri, ibu bapa, sekolah.
masyarakat dan kerajaan supaya memperbanyak dan mempelbagaikan program-program kerohanian yang bertunjangkan agama Islam. |
---|