Kedudukan dan perlindungan hak anak buangan (al-Laqit) menurut undang-undang Islam dan masyarakat di Malaysia / Mohd Alimin bin Alias

Kajian ini membincangkan perkara yang berkaitan dengan masalah gejala sosial yang berlaku di Malaysia. Kajian ini menfokuskan kepada masalah anak buangan (Al-Laqit ) yang wujud dari segi kedudukan dan perlindungan menurut undang-undang dan masyarakat. Al-Laqit ialah anak yang ditemui terbuang dijala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Alias, Mohd Alimin
Format: Thesis
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5174/1/kedudukan_dan_perlindungan_hak_anak_buangan_menurut_undang%2Dundang_Islam_dan_masyarakat.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5174/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini membincangkan perkara yang berkaitan dengan masalah gejala sosial yang berlaku di Malaysia. Kajian ini menfokuskan kepada masalah anak buangan (Al-Laqit ) yang wujud dari segi kedudukan dan perlindungan menurut undang-undang dan masyarakat. Al-Laqit ialah anak yang ditemui terbuang dijalan dan tidak diketahui keturunan mereka. Di Malaysia, kewujudan Al-Laqit masih sedikit, namun begitu, hasil daripada masalah pembuangan anak yang semakin menjadi-jadi dewasa ini akan menyebabkan bertambahnya Al-Laqit ini. Dalam menghasilkan kajian ini, penulis menggunakan dua kaedah untuk memperolehi maklumat iaitu kaedah temubual dan kaedah pemerhatian. Penulis merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ) dan Rumah Kebajikan Kanak-Kanak (RKK) sebagai tempat perlindungan kanak-kanak. Disertasi ini dibuat untuk mengkaji kewujudan Al-Laqit meliputi kedudukan status dan perlindungan mereka menurut undang-undang di Malaysia. Kajian ini mendapati bahawa kanak-kanak ini berada di bawah perlindungan mahkamah dan kanak-kanak yang tidak dituntut oleh keluarga akan dipelihara di Rumah Kebajikan Kanak-Kanak ( RKK ) sehingga berumur 18 tahun. Selain itu juga, penulis membuat analisa tentang fenomena pembuangan anak yang merupakan punca utama masalah Al-Laqit di Malaysia .