The concept of messenger in Hinduism and Islam : a comparative study / Jagan Rao Subramaniam

Bagi seseorang individu yang percaya kepada kewujudan pencipta, akidah merupakan asas utama di dalam kehidupan hariannya dan wajib diyakini oleh seseorang yang mengaku beriman kepada Tuhan. Dalam disertasi ini, memandangkan soal akidah bagi dua agama utama dunia bukan sesuatu yang mudah untuk dibin...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Subramaniam, Jagan Rao
Format: Thesis
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5159/3/Front_page.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5159/1/ABSTRACT.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5159/2/Complete_Thesis.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5159/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bagi seseorang individu yang percaya kepada kewujudan pencipta, akidah merupakan asas utama di dalam kehidupan hariannya dan wajib diyakini oleh seseorang yang mengaku beriman kepada Tuhan. Dalam disertasi ini, memandangkan soal akidah bagi dua agama utama dunia bukan sesuatu yang mudah untuk dibincangkan secara menyeluruh, penulis mengambil pendekatan untuk hanya membincangkan sebahagian kecil daripadanya iaitu konsep pesuruh atau kenabian dalam Agama Hindu dan Agama Islam. Sejak akhir akhir ini, banyak masalah berkaitan keagamaan tercetus di dalam negara yang penduduknya terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Diharap, dengan memberikan penjelasan yang menyeluruh berkenaan konsep kenabian dan perbandingan yang terdapat dalam kedua agama, ianya dapat membentuk dua masyarakat yang boleh hidup dalam keadaan bertolak ansur dan hormat menghormati satu sama lain seperti yang dijanjikan di dalam kedua-dua kitab agama dan perlembagaan persekutuan. Berdasarkan sejarah-sejarah yang lepas, sesebuah negara tidak boleh mencapai pembangunan atau status negara maju jika rakyatnya tidak menyemai sikap berkerjasama dan memahami satu sama lain bagi kepentingan bersama. Kajian ini dibuat dalam bentuk kajian perpustakaan. Sebagai sebuah penyelidikan kualitatif, penulis menggunakan metode induktif, deduktif dan komparatif dalam menganalisis data. Disertasi ini terbahagi kepada lima bab. Bab pertama menghuraikan latar belakang pemasalahan kajian, bab kedua dan ketiga merupakan penjelasan konsep pesuruh dalam Agama Hindu dan Agama Islam. Bab keempat merupakan hasil perbandingan kepada dua agama yang dipilih dan bab kelima pula adalah kesimpulan serta saranan yang diberikan kepada pihak pihak yang terbabit dalam permasalahan ini. Secara keseluruhan, kajian ini mendapati Islam percaya bahawa Allah yang Maha Esa memilih manusia pilihan dari kalangan manusia untuk menyampaikan mesej kepada umat manusia. Individu tersebut dipanggil Nabi atau Rasul di dalam Agama Islam. Sebaliknya, Agama Hindu percaya dan menerima Tuhan yang Maha Esa melalui Maha Dewanya mengambil sebarang tubuh dan turun ke atas muka bumi bagi menjaga kebenaran, memberikan contoh teladan dan peraturan hidup. Ini bagi membolehkan kalangan manusia secara berperingkat memahami teori di sebalik reinkarnasi (hukum karma) dan akhirnya menerima hakikat bahawa Tuhan yang Maha Esa di dalam manusia dan manusia didalam Tuhan yang Maha Esa. Secara kesimpulan, kedua dua agama ini menerima konsep pesuruh bagi tujuan mengangkat umat manusia daripada kekufuran, melindungi kebenaran, menetapkan beberapa syarat atau peraturan bagi umat manusia hidup dalam suasana harmoni dan aman. Penganut agama Islam memanggil pesuruh tersebut sebagai Nabi atau Rasul manakala penganut Agama Hindu memangil pesuruh tersebut sebagai Avatar.