Pemeliharaan Hadith di Internet : kajian terhadap laman web al-Durar al-saniyyah dan Islamweb / Shahril Nizam bin Zulkipli

Pemeliharaan hadith di internet adalah suatu usaha dalam memastikan ketulenan dan autoriti teks hadith sebagai sumber utama selepas al-Quran. Berdasarkan kewujudan laman web hadith yang begitu banyak di internet, maka penelitian terhadap aspek ketulenan dan autoriti teks matan dan sanad adalah sanga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zulkipli, Shahril Nizam
Format: Thesis
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5135/2/MUKA_DEPAN.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5135/3/PENDAHULUAN.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5135/1/MASTER_JILID_FINAL_(Kulit_Keras).pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5135/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pemeliharaan hadith di internet adalah suatu usaha dalam memastikan ketulenan dan autoriti teks hadith sebagai sumber utama selepas al-Quran. Berdasarkan kewujudan laman web hadith yang begitu banyak di internet, maka penelitian terhadap aspek ketulenan dan autoriti teks matan dan sanad adalah sangat penting untuk dijalankan. Sehubungan itu, objektif kajian ini ialah menganalisis aspek pemeliharaan hadith di internet dengan memfokuskan terhadap dua laman web iaitu al-Durar al-Saniyyah dan Islamweb. Oleh yang demikian, metodologi kajian teks telah diaplikasikan dengan pemilihan sebanyak 200 teks hadith sebagai sampel kajian di dalam dua laman web tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat 199 teks hadith (99.5%) telah dinukilkan ke dalam bentuk digital secara tepat dan berautoriti sebagaimana yang terdapat di dalam kitab hadith bercetak. Manakala hanya sebuah hadith sahaja yang telah diklasifikasikan sebagai tidak berautoriti atau dikenali sebagai hadith al-Musahhaf. Justeru, kajian mendapati bahawa al-Durar al-Saniyyah dan Islamweb boleh dikategorikan sebagai laman web hadith berautoriti yang telah memelihara teks-teks hadith berautoriti walaupun hasil analisis telah menemui sebuah hadith yang kurang berautoriti.