Pengaruh orientalisme dalam pengajian hukum Islam di Institut Agama Islam Negeri Sunan Ampel Surabaya, Indonesia / Siti Aminah

Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Sunan Ampel Surabaya merupakan perguruan tinggi Islam Indonesia yang banyak mengambil model pendidikan Timur Tengah. Hal ini dapat dilihat dari wujud kelembagaan dan sistem kerjanya yang tidak jauh berbeza dengan pusat keilmuan di Timur Tengah. IAIN juga telah memp...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Aminah, .
Format: Thesis
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5074/1/siti_aminah_tesis_2013.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5074/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Sunan Ampel Surabaya merupakan perguruan tinggi Islam Indonesia yang banyak mengambil model pendidikan Timur Tengah. Hal ini dapat dilihat dari wujud kelembagaan dan sistem kerjanya yang tidak jauh berbeza dengan pusat keilmuan di Timur Tengah. IAIN juga telah memperkenalkan dan mengajarkan pemikiran-pemikiran Islam Barat. Kajian ini bertujuan untuk Mengenalpasti sama ada IAIN dipengaruhi atau tidak oleh orientalisme serta faktor-faktor apa yang menyebabkan pengaruh orientalisme bertapak dan sejauh mana pengaruhnya dalam pengajian hukum Islam di IAIN Sunan Ampel. Dalam penelitian ini, penyelidik menggunakan metode kajian pustaka (library research) dan observasi lapangan. Kajian ini memakai metode kualitatif untuk menganalisis data-data yang diperolehi. Penulis menemukan bahawa terdapat pengaruh orientalisme dalam kajian Hukum Islam di IAIN Sunan Ampel Surabaya. Ini boleh dilihat melalui beberapa faktor iaitu pedagogi, kurikulum, pengkursusan pensyarah IAIN ke Mc Gill, dan karya ahli akademik IAIN Sunan Ampel Surabaya yang membuat konsep fiqih baru dengan metodologi baru (a new methodology), iaitu maqÉÎid al-syarÊ'ah dengan media utamanya adalah melalui penyelidikan (istiqro') dan memaksimalkan penggunaan akal (al-ma'qul).