Pelaksanaan program CSR Bank Muamalat Indonesia dalam pembangunan ekonomi masyarakat Aceh / Wahyuddin Abdul Wahid
Sebuah korporat bukan sahaja perlu mengambil keuntungan semata-mata, tetapi juga mempunyai peranan terhadap pembangunan sosial dan masyarakat. Tanggungjawab Sosial Korporat atau Corporate Social Responsibilies (CSR) Bank Muamalat Indonesia di Aceh merupakan salah satu CSR yang mempunyai peranan d...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/5050/1/ABSTRAK%2C.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5050/2/BAB__1%2D5.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5050/3/depan_dalam.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5050/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sebuah korporat bukan sahaja perlu mengambil keuntungan semata-mata, tetapi juga
mempunyai peranan terhadap pembangunan sosial dan masyarakat. Tanggungjawab
Sosial Korporat atau Corporate Social Responsibilies (CSR) Bank Muamalat Indonesia
di Aceh merupakan salah satu CSR yang mempunyai peranan dan tanggungjawab
dalam membangunkan ekonomi masyarakat Aceh. Kajian ini dijalankan untuk
menganalisa peranan program CSR Bank Muamalat Indonesia dalam meningkatkan
ekonomi masyarakat Aceh. Antara program tersebut ialah Program Orphan Kafalah dan
Islamic Solidarity School (ISS), selanjutnya menjelaskan hal-hal berkaitan cabarancabaran
dalam pelaksanaan program tersebut dan memberikan saranan kepada Bank
Muamalat Indonesia dan pemerintah Aceh untuk terus bersatu padu dalam
pembangunan ekonomi Masyarakat Aceh. Metodologi yang digunakan untuk mencapai
objektif kajian adalah dengan menggunakan pendekatan secara kualitatif, iaitu dengan
mengadakan temu bual langsung, serta pemerhatian dengan pihak berkaitan di Bank
Mualamat. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan program CSR Bank
Muamalat Indonesia memainkan peranan penting dalam membangunkan ekonomi
masyarakat Aceh. Antaranya memberi jaminan kehidupan kepada anak yatim berupa
biasiswa, peluang pekerjaan serta pembinaan infrastruktur yang baik kepada anak yatim
mangsa konflik dan Tsunami. |
---|