Amalan menazar harta untuk kebajikan menurut pentadbiran undang-undang islam : Kajian di Majlis Agama Islam Pattani / Pateemoh Yunu

Kajian ini menjelaskan konsep nazar menurut hukum syarak dan amalan nazar yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Pattani yang mana Majlis Agama Islam Pattani sebagai badan yang mentadbir dan mengurus hal ehwal nazar harta ini. Kajian ini menggunakan kajian analisis kandungan berbentuk kualitatif. B...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Pateemoh, Yunu
Format: Thesis
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5037/1/1.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5037/2/ABSTRACT_English_1_1.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5037/3/MUKA_HADAPAN_1.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5037/4/Tesis_fareeya_edited_1.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5037/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini menjelaskan konsep nazar menurut hukum syarak dan amalan nazar yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Pattani yang mana Majlis Agama Islam Pattani sebagai badan yang mentadbir dan mengurus hal ehwal nazar harta ini. Kajian ini menggunakan kajian analisis kandungan berbentuk kualitatif. Bagi mencapai objektif kajian, metode pengumpulan data yang diguna ialah metode dokumentasi dan metode temubual. Manakala metode analisis deskriptif dan metode deduktif digunakan dalam kajian ini untuk menganalisis data yang telah dikumpul. Kajian ini mendapati wujud beberapa permasalahan yang berkaitan dengan amalan nazar harta dari aspek perundangan melibatkan ketiadaan status khusus mengenainya serta masalah pemindahan harta yang dinazarkan. Kajian mendapati bahawa juga terdapat kelemahan dari aspek pentadbiran di Majlis Agama Islam Pattani sendiri dan prosedur undang-undang yang masih belum dapat diselesaikan hingga ke hari ini. Kesimpulannya, kajian ini membincangkan tentang masalah pentadbiran harta nazar di Majlis Agama Islam Pattani dan permasalahan dari aspek perundangan di Mahkamah Rendah serta mengemukakan cadangan ke arah penambahbaikkan demi memartabatkan pengamalan nazar harta di Majlis Agama Islam dan Mahkamah Rendah Pattani.