Pelaksanaan akaun pelaburan emas menurut perspektif ekonomi Islam : Kajian di Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad / (KFHMB) / Mohd Yusra Abdullah

Akaun pelaburan emas merupakan portfolio pelaburan emas yang selamat dan mudah, di mana emas yang dibeli oleh pelabur akan disimpan oleh pihak bank. Di Malaysia terdapat 5 buah bank yang menawarkan produk akaun pelaburan emas, tetapi hanya Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad atau KFHMB sahaja yan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Yusra, Abdullah
Format: Thesis
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5036/1/1_Kulit_Hadapan.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5036/2/2_Tajuk_.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5036/3/daftar_isi.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5036/4/depan_cd.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5036/5/HASIL_KAJIAN_(MOHD_YUSRA_ABDULLAH).pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5036/6/LAMPIRAN_DAN_BAB.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5036/7/PDS%2DTerms%2Dand%2DConditions%2DKFH%2DGold%2DAccount%2Di.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5036/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Akaun pelaburan emas merupakan portfolio pelaburan emas yang selamat dan mudah, di mana emas yang dibeli oleh pelabur akan disimpan oleh pihak bank. Di Malaysia terdapat 5 buah bank yang menawarkan produk akaun pelaburan emas, tetapi hanya Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad atau KFHMB sahaja yang melaksanakannya menggunakan prinsip syariah, oleh itu kajian ini dilakukan di KFHMB. Kajian ini mengkaji mengenai pelaksanaan akaun pelaburan emas yang dilaksanakan oleh KFHMB untuk melihat cara operasi produk ini dan menilai keabsahan pelaksanaannya menurut perspektif ekonomi Islam. Data-data dan maklumat diperolehi menerusi metode dokumentasi dan temubual dengan pegawai KFHMB, kemudian dianalisis dengan menggunkan metode komparatif iaitu perbandingan antara pelaksanaan yang diamalkan oleh KFHMB dengan teori transaksi emas menurut perspektif ekonomi Islam. Hasilnya mendapati hampir keseluruhan pelaksanaan produk ini menepati syariah, tetapi pada bahagian akad kontrak, secara tidak langsung dilihat menggabungkan 2 kontrak di dalam 1 akad yang dilarang oleh syariah, iaitu kontrak al-sarf dan al-qard yang di gunakan oleh KFHMB sebagai alat pendasar kepada produk ini termeterai di dalam 1 borang sahaja. Oleh itu, pihak KFHMB disarankan menyediakan 2 borang untuk memisahkan 2 kontrak tersebut bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham di samping menyediakan perkhidmatan yang lebih sistematik.