Pelaksanaan ibadat solat hubungannya dengan konflik rumah tangga: Kajian di unit rundingcara keluarga, bahagian perkahwinan dan pembangunan keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan/ Nor Dalilah Zakaria

Solat merupakan ibadah yang paling utama dan wajib difahami serta diamalkan oleh setiap muslim. Jika iman merupakan ucapan lisan dan keyakinan di dalam hati, maka solat pula mewakili amalan lahir sebagai bukti ketaatan kepada Allah s.w.t. Solat adalah ibadat yang merealisasikan makna penyerahan dir...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Dalilah, Zakaria
Format: Thesis
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5035/1/BAB_1@2012.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5035/2/BAB_3@2012.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5035/3/BAB_4@2012.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5035/4/BAB2@2012.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5035/5/BAB5@2012.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5035/6/bib@2012.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5035/7/lampiran__2_.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5035/8/Pendahuluan2012.doc
http://studentsrepo.um.edu.my/5035/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Solat merupakan ibadah yang paling utama dan wajib difahami serta diamalkan oleh setiap muslim. Jika iman merupakan ucapan lisan dan keyakinan di dalam hati, maka solat pula mewakili amalan lahir sebagai bukti ketaatan kepada Allah s.w.t. Solat adalah ibadat yang merealisasikan makna penyerahan diri kepada Allah semata-mata, sebagai tanda keimanan serta sebagai perantara bagi orang yang beriman untuk mencari kemuliaan hidup di dunia dan akhirat. Oleh kerana itu, Allah menetapkan solat sebagai ibadat sepanjang masa dalam seluruh risalah kenabian. Kajian ini merupakan kajian tinjauan untuk melihat sejauh mana hubungan pelaksanaan ibadat solat fardu dan konflik rumahtangga. Responden terdiri daripada pasangan suami dan isteri yang menghadiri sesi rundingcara di Unit Rundingcara Keluarga, Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga, JAWI. Kajian ini juga dilakukan untuk meninjau sejauh mana pelaksanaan ibadat solat fardu harian itu dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu, iaitu faktor pendidikan dan tahap sosio ekonomi serta untuk mengenal pasti adakah terdapat perbezaan pelaksanaan ibadat berdasarkan jantina, pendidikan dan tahap sosio ekonomi. Dapatan kajian melalui analisis jawapan soal selidik ke atas 100 orang responden ini mendapati bahawa terdapat perbezaan pelaksanan ibadat solat fardu berdasarkan tahap taraf pendidikan responden. Analisis ini juga mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pelaksanaan ibadat solat fardu dan konflik rumahtangga. Namun begitu, jika dilihat pada nilai r= -.62, ia merupakan satu nilai negatif. Ini boleh difahami dan membawa maksud bahawa, lemahnya tahap pelaksanaan solat itu boleh membuka ruang kepada lebih tingginya konflik rumahtangga walaupun ianya satu nilai yang sedikit. Kajian akan datang perlu diteruskan dengan menambah lagi bilangan responden bagi melihat secara saintifik hubungan antara tahap pelaksanaan ibadat solat fardu dan konflik rumahtangga masyarakat muslim di Malaysia.