Amalan perubatan persatuan kebajikan dan pengubatan Islam darussyifa’: Satu penilaian hukum / Mohd Zainudin Yusoff

Merawati penyakit dalam kalangan masyarakat Islam hari ini mempunyai bermacam kaedah dan pegangan. Ada yang hanya mengiktiraf kaedah alopati iaitu pengubatan moden, namun tidak kurang juga mereka yang masih mempercayai sepenuhnya kepada pengubatan tradisional yang sinonim dengan amalan perbomohan da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Zainudin, Yusoff
Format: Thesis
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5031/1/zainudin_awalan.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5031/2/zainudin_BAB_1.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5031/3/zainudin_BAB_2.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5031/4/zainudin_BAB_3.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5031/5/zainudin_bibliografi.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5031/6/zainudin_Lampiran.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5031/7/ZAINUDIN_MUKA_DEPAN_TESIS.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5031/8/zainudin_pendahuluan.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5031/9/zainudin_PENUTUP.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5031/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Merawati penyakit dalam kalangan masyarakat Islam hari ini mempunyai bermacam kaedah dan pegangan. Ada yang hanya mengiktiraf kaedah alopati iaitu pengubatan moden, namun tidak kurang juga mereka yang masih mempercayai sepenuhnya kepada pengubatan tradisional yang sinonim dengan amalan perbomohan dan melalui kaedah inilah terdapatnya ruang amalan pengubatan Islam. Sedangkan pada hakikatnya sistem pengubatan moden dan kaedah pengubatan Islam adalah saling berkait rapat. Namun melalui disertasi ini perbahasan hanya dijuruskan kepada sistem pengubatan tradisional Islam secara jampi (ruqyah), kerana ia memberi manfaat kepada masyarakat umum bukan sahaja merawat penyakit malah dapat menghindari daripada penyelewengan akidah. Lantaran kejahilan mereka sanggup berubat dengan sebilangan bomoh yang beramal dengan unsur tahyul, khurafat dan syirik. Kajian terhadap pengubatan Islam ini juga harus dilihat dengan pertimbangan yang waras dan adil, kerana antara kandungan bacaannya tidak lekang daripada perbahasan di kalangan ilmuan. Metodologi kajian ini berasaskan kajian perpustakaan yang mana melaluinya dalil-dalil, pendapat para ulama silam dan semasa dikemukakan. Metod kedua ialah menghadiri majlis pengajian dan pengubatan Darussyifa’ sebagai pemerhatian untuk mendapat gambaran yang jelas tentang bacaan-bacaan amalan pengubatannya. Metod ketiga ialah menemu bual pengasas Darussyifa’ dan beberapa ilmuan yang berotoriti dalam pengajian Islam bagi mengetahui kedudukan hukum Bacaan Asas Sepuluh Pertama. Maka kajian ini yang bertajuk “Amalan Perubatan Persatuan Kebajikan Dan Pengubatan Islam Darussyifa’: Satu Penilaian Hukum” mudah-mudahan dapat memberi manfaat kepada masyarakat dalam merawati penyakit agar terselamat daripada penyelewengan aqidah, manakala ilmu pengubatan Islam khususnya yang menjadi amalan Darussyifa’ dapat dibersihkan daripada prasangka yang tidak baik daripada kalangan awam atau ilmuan. Darussyifa’ dipilih sebagai model kajian kerana sambutan baik masyarakat terhadapnya dan ia juga tidak sunyi daripada kritikan ilmuan agama serta pemimpin negeri dan Negara. Namun hasil kajian ini memperlihatkan bahawa amalan bacaan Asas Sepuluh Pertama yang dijadikan doa oleh Darussyifa’ sama sekali tidak menyalahi hukum syarak, malah kesahannya didokong oleh dalil-dalil yang sah lagi muktabar.