Potensi pelaksanaan bank makanan di Malaysia sebagai satu bentuk jaminan sekuriti makanan bagi golongan miskin / Norzuraida Hasan
Bank makanan adalah organisasi kebajikan yang berfungsi sebagai tempat untuk mengumpulkan makanan yang didermakan oleh pihak industri makanan atau masyarakat awam untuk diagihkan kepada golongan miskin dan memerlukan secara percuma. Bank makanan dilaksanakan dengan meluas di negara-negara maju seper...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/5024/1/POTENSI_PELAKSANAAN_BANK_MAKANAN_DI_MALAYSIA.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5024/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Bank makanan adalah organisasi kebajikan yang berfungsi sebagai tempat untuk mengumpulkan makanan yang didermakan oleh pihak industri makanan atau masyarakat awam untuk diagihkan kepada golongan miskin dan memerlukan secara percuma. Bank makanan dilaksanakan dengan meluas di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Australia. Penubuhan bank makanan merupakan salah satu strategi bagi membasmi masalah kelaparan dan ketiadaan sekuriti makanan. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk melihat sejauhmana bank makanan berpotensi untuk dilaksanakan di Malaysia sebagai langkah untuk meningkatkan tahap sekuriti makanan bagi golongan miskin. Dalam kajian ini, penulis menggunakan kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian perpustakaan dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian daripada buku-buku, kertas-kertas kerja, jurnal dan data-data. Manakala kajian lapangan dilakukan dengan menggunakan metod observasi dan temubual. Metod observasi digunakan semasa menjalankan kajian di Pusat Makan Percuma BELAMISKIN. Temubual pula telah dijalankan bersama lima pihak iaitu pihak pelaksana dasar, pelaksana program bantuan makanan, pakar akademik, penerima bantuan makanan dan masyarakat awam bagi mendapatkan pandangan dan cadangan tentang pelaksanaan bank makanan di Malaysia. Data dianalisis dengan menggunakan analisis kandungan yang berasaskan tema secara induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa bank makanan mempunyai potensi untuk dilaksanakan di Malaysia berdasarkan pelbagai faktor. |
---|