Aplikasi audit syariah dalam institusi kewangan Islam di Malaysia : Kajian di Bank Islam Malaysia Berhad / Wan Mohd Ashraf Adlin Wan Draman
Audit syariah merupakan proses penilaian atau kaedah yang mempunyai kepakaran teknikal untuk melakukan peperiksaan dan pengesahan urus tadbir sesuatu organisasi bagi memastikan ia mengikut prinsip-prinsip yang digariskan oleh Islam. Penyelidikan ini memberi penumpuan berkenaan dengan pengauditan...
Saved in:
Summary: | Audit syariah merupakan proses penilaian atau kaedah yang mempunyai kepakaran
teknikal untuk melakukan peperiksaan dan pengesahan urus tadbir sesuatu organisasi
bagi memastikan ia mengikut prinsip-prinsip yang digariskan oleh Islam. Penyelidikan
ini memberi penumpuan berkenaan dengan pengauditan dalam metodologi Islam sebagai
cabang daripada sistem kewangan Islam. Ia bertujuan untuk menerangkan dari sudut
makna, konsep, ciri-ciri, prinsip, penyediaan laporan dan aplikasi. Penyelidikan ini juga
akan cuba menghuraikan secara terperinci tentang audit syariah khususnya dalam sektor
perbankan untuk dijadikan panduan yang terbaik serta boleh digunapakai di Malaysia.
Penyelidikan ini sejajar dengan apa yang dicadangkan oleh pihak Bank Negara Malaysia
(BNM) dan diharapkan sedikit sebanyak mampu mengelakkan daripada kes-kes yang
menjejaskan kredibiliti sistem kewangan berasaskan Islam. Perincian tentang
pengaplikasian dalam landskap pengauditan syariah di Malaysia ini diperjelaskan melalui
operasi Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Secara keseluruhannya, hasil kajian
menunjukkan bahawa audit syariah telah diaplikasikan dengan sempurna di dalam
landskap pengawasan secara Islam di Malaysia. |
---|