Kitab Zakat dalam Kitab Sabil Al-Muhtadin Karya Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari: Anotasi dan analisis / Mohd Azhan Zakaria

Disertasi ini bertajuk Kitab Zakat Dalam Kitab Sabīl Al-Muhtadīn Karya Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari: Anotasi Dan Analisis. Matlamatnya bagi menjelaskan ketokohan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam bidang fiqh menerusi karyanya Sabīl al-Muhtadīn dan mentransliterasi kitab zakat dari kary...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Azhan, Zakaria
Format: Thesis
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5015/1/1%2DKulit.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5015/2/2%2DAwalan.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5015/3/3%2DBab%2Dbab.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5015/4/LAMPIRAN.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5015/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Disertasi ini bertajuk Kitab Zakat Dalam Kitab Sabīl Al-Muhtadīn Karya Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari: Anotasi Dan Analisis. Matlamatnya bagi menjelaskan ketokohan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam bidang fiqh menerusi karyanya Sabīl al-Muhtadīn dan mentransliterasi kitab zakat dari karya tersebut. Kajian ini juga bertujuan menjelaskan perkataan atau ungkapan yang tidak jelas di samping menganalisa beberapa isu terpilih serta metode penulisan beliau dalam bidang fiqh khasnya kitab zakat, yang merangkumi sudut pentarjīḥan, persembahan pendapat tokoh dan sebagainya. Metode yang digunakan penulis ialah metode perpustakaan dengan mencari maklumat dari buku-buku serta laman sesawang. Selain itu, turut digunakan metode analisis data dan temubual dengan individu-individu yang berkepakaran dengan subjek kajian bagi mendalami penyelidikan yang dijalankan. Hasil penyelidikan mendapati karya Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari ini berpandukan manualmanual terkemudian mazhab Syafi‘i. Analisis terhadap kitab zakat juga menunjukkan beliau menguasai pendapat-pendapat utama dalam mazhab Syafi‘i serta mengikut kaedah pemfatwaan yang digariskan ulama Syafi‘iyyah mutakhir sehingga aliran yang dibawa tidak terpesong dari umbi hingga ke pucuk menyebabkan karya beliau ini mempunyai autoriti di alam Melayu. Kepakaran beliau terhadap sumber-sumber mazhab membuktikan fiqh mempunyai prinsip dan disiplin yang tersendiri.