Kajian pelaksanaan sistem pengurusan kualiti ms 1900: Keperluan daripada perspektif islam di Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (Jawhar) / Hasliza Mohamad Ali

Kajian ini bertajuk “Kajian Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS 1900: Keperluan Daripada Perspektif Islam di Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) Skop kajian adalah berkaitan tentang pelaksanaan MS 1900:2005 di JAWHAR. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji standard dalam MS 1900:2005 dari...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hasliza, Mohamad Ali
Format: Thesis
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5007/1/Disertasi_Penuh.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5007/2/Muka_Hadapan_Disertasi.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5007/3/Preliminari.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5007/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertajuk “Kajian Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS 1900: Keperluan Daripada Perspektif Islam di Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) Skop kajian adalah berkaitan tentang pelaksanaan MS 1900:2005 di JAWHAR. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji standard dalam MS 1900:2005 daripada perspektif Islam, mengkaji pelaksanaan MS 1900:2005 di JAWHAR, meneliti faktor-faktor penting bagi menjayakan pelaksanaan MS 1900:2005 mengenalpasti faedah dan menganalisis masalah-masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan MS 1900:2005. Antara permasalahan dalam kajian ini ialah JAWHAR merupakan pelopor kepada organisasi kerajaan yang mendapat pensijilan MS 1900:2005, terdapat segelintir pihak yang melihat organisasi yang berorientasikan Islam sebagai kelas kedua, organisasi Islam masih lagi menerima kritikan dari sudut pentadbiran dan MS 1900:2005 masih lagi baru diperkenalkan di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif. Metode pengumpulan data iaitu dokumentasi, temu bual dan observasi dan metode analisis data iaitu induktif dan deduktif digunakan. Hasil kajian mendapati standard MS 1900:2005 yang dibangunkan daripada ISO 9000:2000 tidak mempunyai percanggahan dengan hukum syarak. Pelbagai aktiviti telah dilakukan dalam melaksanakan MS 1900 iaitu menganalisa jurang, mewujudkan kumpulan kualiti, pendokumentasian dan audit. Hasil kajian juga mendapati terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi pelaksanaan MS 1900:2005 iaitu semua pihak menunjukkan komitmen yang tinggi, aktiviti penambahbaikan berterusan dan peranan daripada pengurus atasan. Selain itu pelaksanaan MS 1900:2005 di JAWHAR telah membantu meningkatkan prestasi organisasi ke arah yang lebih baik dengan menumpu kepada kekuatan organisasi ini dan sentiasa memikirkan cara-cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan MS 1900:2005 di JAWHAR.