Pengurusan dana Unit Amanah Islam Maakl Mutual dan Public Mutual : Suatu perbandingan /Suhailah Jaafar

Pelaburan unit amanah merupakan pelaburan jangka panjang yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Keyakinan masyarakat untuk melibatkan diri dalam industri ini memberikan kesan positif untuk industri ini terus berkembang dan menyumbang kepada peningkatan ekonomi masyarakat dan negara....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Suhailah, Jaafar
Format: Thesis
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5004/1/PENGURUSAN_DANA_UNIT_AMANAH_ISLAM_MAAKL_MUTUAL_DAN_PUBLIC_MUTUAL_SUATU_PERBANDINGAN.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5004/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelaburan unit amanah merupakan pelaburan jangka panjang yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Keyakinan masyarakat untuk melibatkan diri dalam industri ini memberikan kesan positif untuk industri ini terus berkembang dan menyumbang kepada peningkatan ekonomi masyarakat dan negara. Dewasa ini, terdapat banyak institusi kewangan menawarkan instrumen berteraskan Islam termasuklah pelaburan unit amanah. Namun begitu, terdapat beberapa perbezaan dari aspek pengurusan dananya serta pengurusan Syariah yang terlibat. Kajian ini bertujuan mengenalpasti jenis-jenis dana unit amanah Islam yang ditawarkan, membandingkan pengurusan dana unit amanah Islam dan mengenapasti pengurusan Syariah yang terlibat dalam menguruskan dana-dana unit amanah Islam di MAAKL Mutual dan Public Mutual. Penulis memilih MAAKL Mutual dan Public Mutual sabagai kajian kes. Kajian kualitatif ini dijalankan dengan mengumpulkan data kajian melalui kaedah kajian perpustakaan, kaedah dokumentasi dan kaedah temu bual. Manakala data dianalisis dengan mengumpulkan maklumat dari data sekunder berkaitan unit amanah Islam dan ketepatan maklumat disokong berdasarkan data primer yang diperolehi daripada temu bual. Temu bual dijalankan ke atas Penaung Penasihat Syariah MAAKL Mutual dan Penasihat Syariah Public Mutual Sdn. Bhd. bertujuan mendapatkan pengesahan maklumat yang diperolehi penulis berkaitan pengurusan dana unit amanah yang dijalankan di institusi berkenaan. Kajian mendapati, kedua-dua institusi yang terlibat menguruskan dana dengan baik berdasarkan kaedah yang telah ditentukan dalam institusi berkenaan serta menetapkan pengurus dana yang khusus bagi mengendalikan dana tersebut. Selain itu, kedua-dua institusi turut mengambil berat dalam aspek pembahagian aset dengan menetapkan sejumlah peratusan yang perlu dilaburkan dalam saham patuh Syariah dan saham-saham lain bagi memastikan kestabilan dana. Pemilihan saham turut diteliti bagi memastikan saham yang terlibat patuh Syariah mengikut penanda aras yang ditetapkan sebelum sesuatu dana dimasukkan.